Dua Beradik Mangsa Rogol Abang Kandung Diletakkan Bawah Jagaan JKM
Laporan awal tentang kes ini boleh dibaca di sini.
Saya petik:
[UM] PASIR PUTEH 29 Ogos - Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan dua remaja berumur 14 dan 16 tahun diasingkan daripada jagaan kedua-dua orang tua mereka berkuat kuasa serta-merta.
Majistret Nurul Fitriza Abd. Latif memutuskan, remaja terbabit diletakkan di bawah jagaan ibu saudara mereka untuk sementara waktu dan dipantau oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Nurul Fitriza membuat keputusan berkenaan selepas kedua-dua beradik itu mendakwa mereka telah dirogol oleh abang kandung mereka.
Permohonan perintah berkenaan telah dikemukakan oleh Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Supritendan Yahya Salleh.
Turut hadir bapa mangsa yang berusia 43 tahun; ibu mangsa berumur 41 tahun dan adik bongsu mangsa (lima tahun); saudara-mara mereka serta beberapa pegawai JKM.
"Mereka akan ditempatkan bersama ibu saudara mereka dan dipantau oleh JKM untuk tempoh sementara waktu sehingga siasatan selesai.
"Tiga lagi adik mereka dijaga oleh kedua-dua ibu bapa mereka namun dengan pemantauan dan pengawasan JKM," katanya ketika ditemui.
Yahya berkata, perintah yang sama tidak dikeluarkan terhadap tiga lagi adik kedua-dua remaja tersebut yang berumur 12, 10 dan lima tahun memandangkan nama mereka tidak dimasukkan dalam laporan polis.
Jelas beliau, laporan polis sebenarnya telah dibuat oleh keluarga mangsa pada 17 Ogos lalu selepas mangsa mengadu dirogol.
Ekoran laporan tersebut, suspek yang berumur 18 tahun telah ditahan pada hari yang sama dan direman selama seminggu.
Bagaimanapun, remaja itu telah diserahkan kepada pihak polis Kota Bharu kerana mempunyai kes lain.
"Berita disiarkan akhbar tidak sama dengan apa yang dilaporkan kepada polis. Daripada apa yang kami terima, hanya dua beradik ini saja mendakwa dirogol," ujar Yahya.
Utusan Malaysia kelmarin melaporkan kisah tiga beradik berumur lima, 14 dan 16 tahun yang terpaksa melarikan diri dari rumah mereka sejauh hampir 20 kilometer sebelum ditemui seorang kariah di Masjid Kedai Lalat dalam keadaan kepenatan dan kelaparan.
Ketika ditanya sebab mereka bertindak demikian, salah seorang mangsa mendakwa mereka nekad melakukannya kerana sudah tidak tahan dirogol oleh abang mereka.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.