Pelancong Itali Sebarkan Dakwaan Penggunaan "BLACK MAGIK" untuk MENCABUL Pelancong Asing di Terengganu
Seorang pelancong wanita dari Itali telah menyebarkan e-mel tentang gangguan seksual yang didakwanya telah dilakukan oleh pemandu pelancong dan budak pantai di sekitar Pulau Redang dan Pulau Perhentian, Terengganu.
Cerita tentang hal ini pernah disebarkan melalui e-mel beberapa tahun lalu. Dalam e-mel itu seorang pelacong dari Jepun telah didakwa dipukau dan digoda oleh pemandu pelancong selepas dia minum air mineral yang diberikan oleh lelaki itu.
Baru-baru ini timbul semula e-mel seumpama itu yang mendakwa pemandu pelancong di sekitar negeri Terengganu telah mencabul kehormatan pelancong asing selepas pelancong tersebut minum air mineral yang dipercayai mengandungi bahan yang mengkhayalkan atau unsur sihir.
e-mel itu yang disebarkan ke seluruh dunia bulan lalu itu dikirimkan oleh seorang pelancong dari Itali yang menggelarkan dirinya HC BOO. Katanya, pemandu pelancong di kawasan pelancongan di negeri itu hanya menjadikan pelancong yang berseorangan sebagai mangsa. Mereka tidak akan mengusik pelancong wanita yang datang bersama-sama dengan teman lelaki atau keluarga.
Dalam emel itu, HC BOO menasihati pelancong wanita agar tidak minum air mineral atau menggunakan losyen "sun block" yang ditawarkan oleh pemandu pelancong tempatan. Dia mendakwa mangsa berkemungkinan diberikan minyak dagu dan menyatakan bahawa mangsa yang terkena sihir itu berasakan seolah-olah bermimpi.
Walau bagaimanapun kerajaan negeri menolak kebenaran kandungan e-mel tersebut, dan menegaskan bahawa tiada pelancong asing yang membuat laporan tentang hal tersebut. Namun, jika tiada angin takkan ada pokok yang bergoyang! Bukan sesuatu yang mustahil. Justeru kerajaan negeri dengan kerjasama pihak polis perlu membuat siasatan tanpa perlu menunggu laporan daripada pelancong asing.
Lanjut boleh baca di sini.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.