Isu Saman Felda: Sivarasa Perlu Jelaskan Juga Isu Bayaran kepada Peguam
Kenyataan Sivarasa ini telah menafikan fitnah Pengerusi Felda yang menyatakan bahawa peneroka terpaksa membayar RM500, walhal nilai sebenarnya hanyalah RM50. Jaringan blogger UMCO juga mengutarakan hal yang sama. Bezanya mereka turut menimbulkan isu 30% nilai tuntutan yang akan diberikan kepada pasukan peguam yang mewakili peneroka Felda. Kata mereka:
Dari maklumat yang kami terima dalam e-mel yang mungkin sekali rakan-rakan bloger lama lain turut terima, fee peguam untuk menyaman Felda hanya menguntungkan peguam dan bukan peneroka.
Tindakan saman oleh peneroka Felda bermula di Felda Kemahang 3 yang melibatkan 354 orang peneroka. Saman ini diusahakan oleh peguam Tetuan Wan Rohimi & Asmadi (PAS).
Tetuan Wan Rohimi & Asmadi (PAS) menuntut RM12,557,512.80 kepada FELDA tetapi sebenarnya 30% daripada nilai tuntutan tersebut adalah milik peguam (komisyen) iaitu RM3,767,253.80 dan bakinya RM8,790,259.00 dibahagikan kepada 354 orang peneroka.
Ini bermakna seorang peneroka hanya mendapat RM24,831.24 sahaja. Itu belum lagi ditolak dengan kos-kos lain yang dikenakan oleh peguam. Yang menjadi kaya peguam pembangkang manakala peneroka diperbodohkan.
Lanjutan dari itu, Tetuan Wan Rohimi & Asmadi telah cuba menghasut peneroka-peneroka di rancangan-rancangan lain seperti di Felda Kemahang 1, Kemahang 2, Felda Maokil, Johor untuk menyaman FELDA.
Setelah Kes Kemahang 3 disiarkan di media, pihak pembangkang melihat isu kadar perahan minyak sawit ini boleh terus digunakan untuk mencalar imej Kerajaan dan dalam masa yang sama mendapatkan keuntungan.
Ini dibuktikan dengan kes saman oleh 766 orang peneroka Gugusan Raja Alias yang bertindak menyaman FELDA dengan menggunakan peguam Sivarasa Rasiah yang merupakan Ahli Parlimen dan Naib Presiden KEADILAN dan Latheefa Koya merupakan Ketua Penerangan KEADILAN.
Ini juga giliran Sivarasa Rasiah dan Latheefa Koya (KEADILAN) untuk mengaut keuntungan jika mereka menang kes tersebut.
Mereka sedar kes Kemahang 3 tidak boleh dijadikan asas untuk menyaman Felda kerana kes Kemahang tidak dibicarakan dengan sempurna kerana ketidakhadiran peguam Felda untuk membela kes tersebut.
Memikirkan peneroka akan undur dan kensel bil atahu sekim penipu peguam ini, mereka mengenakan tambahan bayaran dari RM500 seorang kepada RM5,000 seorang jika tarik balik saman.
Bila menang, 30% peguam punyam. Peguam tidak memodal apa2 melainkan air liur belaka, manakala penoraka ingat jelas mereka telah ditipu....lanjut boleh baca di sini.
Selain penjelasan tentang bayaran RM50 yang dibesarkan nilainya oleh Pengerusi Felda dan blogger UMCO menjadi RM500, dibesarkan juga menjadi RM5 000, Sivarasa juga perlu menjelaskan tentang tuntutan peguam seperti ditimbulkan oleh blogger UMCO di atas. Adakah peguam akan menuntut nilai 30% tersebut?
Saya kira Sivarasa & geng tidak setamak itu, dan yakin perjuangan mereka itu berdasarkan keikhlasan untuk menuntut keadilan kepada peneroka Felda yang telah dizalimi. Namun, selagi tidak dijelaskan, maka cakap-cakap seperti itu akan terus menjadi modal mereka. Tidak tahulah jika perkara yang dihangatkan itu benar belaka!
Berkaitan:
* Saman Felda: Peneroka diminta RM50 bukan RM500
[MK]..."Beliau (Yusuf Nor) patut berhati-hati mengeluarkan kenyataan palsu macam ini.
"Kenyataan supaya membayar RM500 adalah satu fitnah dan satu kenyataan palsu," kata peguam Sivarasa Rasiah yang mewakili kumpulan peneroka itu pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
Menurut Sivarasa yang juga adalah naib presiden PKR, 766 peneroka daripada Felda Serting dan Gugusan Raja Alias, berdekatan Jempol, Negeri Sembilan itu hanya diminta menyumbang bayaran RM50 seorang bagi memulakan saman tersebut sehingga kes dibawa ke mahkamah tinggi.
Katanya, dakwaan Yusuf (kiri, tengah) bahawa peneroka diminta yuran RM500 seorang itu sebagai berniat jahat dan jumlah RM500 itu adalah jumlah yang tidak munasabah....- Abdul Rahim Sabri
Menarik:
* Peguam: Felda tidak boleh saman Suara Keadilan
[MK] Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) tidak boleh menyaman fitnah ke atas akhbar Suara Keadilan kerana agensi itu ditubuhkan dengan menggunakan dana rakyat.
"Soal yang timbul di sini adakah secara undang-undang, moral dan etika, Felda boleh membawa apa-apa tindakan undang-undang kepada rakyat yang mengeluarkan kritikan ke atas Felda.
"Felda adalah badan berkanun yang ditubuhkan dengan menggunakan wang rakyat. Felda ditubuhkan untuk memberi bantuan dan faedah kepada rakyat. Undang-undang adalah jelas, Felda tidak boleh saman fitnah (kepada Suara Keadilan).
"Prinsip undang-undang adalah jelas, apa-apa badan yang yang ditubuhkan dengan wang rakyat dan untuk kebaikan rakyat, tidak boleh mengeluarkan saman fitnah setiap kali dikritik oleh rakyat," katanya peguam yang dilantik oleh akhbar berkenaan, N Surendran.
Menurutnya, berdasarkan undang-undang lazim atau 'commom law' itu, yang diamalkan kerajaan negeri, kerajaan persekutuan, kerajaan tempatan atau badan berkanun tidak boleh membuat saman fitnah ke atas rakyat.
Sehubungan itu, Surendren menasihatkan Felda agar mencari penasihat undang-undang yang bijak, membuat kajian serta tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak mempunyai asas undang-undang...- Abdul Rahim Sabri
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.