Setan Bertopeng Manusia Dera Amah
Saya petik:
[UM] SIBU 14 Ogos – Polis berjaya menyelamatkan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang dipercayai didera dengan kejam oleh majikannya sejak tiga bulan lalu selepas menyerbu sebuah rumah kedai di sini petang semalam.
Dalam serbuan pukul 1 petang di Jalan Kapua di sini, mangsa yang dikenali sebagai Sulasti dari Jakarta ditemui dalam tandas, dipercayai cuba disembunyikan majikannya yang ketakutan berikutan kehadiran polis.
Agak menyedihkan, ketika ditemui, wanita itu dalam keadaan lemah dan tidak mampu berjalan akibat kecederaan yang dialaminya.
Terdapat kesan kecederaan di kepala dan mukanya, dipercayai akibat ditampar manakala di badan wanita itu terdapat kesan luka dan melecur.
Polis kemudian menahan seorang suri rumah berusia 35 tahun yang dipercayai majikan pembantu rumah berkenaan kerana disyaki terlibat mencederakan mangsa.
Timbalan Ketua Polis daerah, Supritendan Zamani Hamdan berkata, bertindak atas maklumat Konsulat Jeneral Republik Indonesia di Kuching, pihaknya menyerbu rumah kedai itu.
Beliau berkata, polis pada mulanya sukar untuk memasuki rumah itu berikutan keengganan pemilik rumah bekerjasama dengan polis.
Katanya, berikutan itu, polis terpaksa memotong pintu jeriji rumah kedai berkenaan untuk masuk sebelum menemui pembantu rumah berusia 21 tahun dalam tandas.
“Ketika ditemui, keadaannya tidak terurus. Dia kelihatan kurus dan tidak mampu berjalan berikutan kecederaan yang dialami malah kita mengesyaki dia tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Zamani, ketika ditemui, mulut pembantu rumah itu berdarah dan tidak diberi makan dan minum. Pihaknya percaya mangsa telah didera sejak tiga bulan berkhidmat bersama majikan...Muhamad Zaid Adnan
Berkaitan:
* Gadis didera
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.