Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Jumaat, 27 Ogos 2010

Isu Bukan Islam Masuk Masjid/Surau: Cepatnya Pengarah Jais Kata Haram!



Cerita fasal YB DAP masuk ke Surau Al-Huda, Kajang Sentral ini memang "hot" diperkatakan semalam dalam blog pro-UMCO. Dari satu blog ke satu blog. Ada yang memberikan tajuk kiriman "DAP berbogel dalam surau". Memang bola tanggung itu digunakan secukup-cukupnya.

Hari ini giliran Utusan pula menyiarkan berita yang sama. Anda boleh membacanya di sini. Memang betullah, YB DAP ini tidak berpakaian sepatutnya untuk memasuki surau atau masjid. Itulah poin yang boleh digunakan oleh mereka. Namun, mengatakan bahawa orang Islam tidak boleh masuk ke rumah ibadat orang Islam adalah sesuatu yang menjahilkan. Tambah-tambah jahil apabila kenyataan itu dikeluarkan oleh pegawai yang menjaga hal ehwal agama. Kata orang itu:
Pengarahnya, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, amaran itu diberikan kerana tindakan membenarkan orang bukan Islam sama ada ahli politik dan sebagainya memasuki ruang solat adalah tidak dibenarkan sama sekali dan menyalahi dari segi hukum.

Ia kerana katanya, orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki dalam masjid dan surau apatah lagi di ruang solat utama kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid.

“Orang bukan Islam adalah dilarang memasuki ruang solat kerana mereka ini dalam berkeadaan hadas besar apatah lagi berada di bahagian imam dan menyampaikan ucapan kepada umat Islam di dalamnya.

“Oleh itu, kita akan mendapatkan laporan dan penjelasan daripada nazir serta jawatankuasa surau berkenaan mengenai perkara ini. Jika dakwaan ini benar, kita akan memaklumkan kepada pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan tindakan tegas akan diambil,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Untuk menyanggah kenyataan pegawai yang dikatakan tidak mempunyai empat senawi ini, maka saya menggelintar internet. Saya jumpa kiriman fasal hal ini seperti yang dijelaskan oleh Ustaz Zaharuddin di laman sesawangnya. Kata ustaz muda itu:
HUKUM MASUK MASJID SELAIN MASJIDIL HARAM
Imam Ibn Hajar Al-‘Asqolani ketika menghuraikan isu ini mengatakan mazhab Maliki tetap MELARANG bukan Islam memasuki masjid manakala Mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi membenarkan bukan Islam untuk memasuki masjid-masjid lain dengan syarat-syarat tertentu. Beliau juga menegaskan kebenaran ini cukup kuat dari dalil tawanan perang bernama Thumamah tersebut.
Imam Nawawi menghuraikan :
وفي هذا جواز ربط الأسير وحبسه وجواز إدخال المسجد الكافر ومذهب الشافعي جوازه بإذن مسلم سواء كان الكافر كتابيا أو غيره وقال عمر بن عبد العزيز وقتادة ومالك لا يجوز
Ertinya : Melihat kepada hadis ini, harus hukumnya mengikat tawanan dan menahannya serta harus juga seorang yang bukan Islam untuk memasuki masjid. Mazhab Syafie : menyatakan keharusannya dengan syarat terdapat keizinan dari umat Islam sama ada kafir itu dari kalangan ahli Kitab atau selainnya. Namun Khalifah Umar bin Abd Aziz, Qatadah dan Imam Malik tidak mengharuskannya. (Syarah Sohih Muslim, 12/87)
Selain yang diatas, anak murid Imam Syafie yang utama iaitu Al-Muzani juga berbeza ijtihad dengan gurunya, beliau menyatakan TIDAK HARUS bukan Islam memasuki masjid apatah lagi menetap di dalamnya, kerana jika mereka dibenarkan, sudah tentu orang yang berjunub juga akan dibenarkan. Sedangkan ayat di atas menyebut larangan bagi mereka yang berjunub memasuki masjid kecuali lalu sahaja.
Al-Mawardi memetik kata Al-Muzani iaitu :-
لأنه لو جاز ذلك له لكان الجنب المسلم أولى به لموضع حرمته وتشريفه فلما لم يجز للمسلم المبيت فيه كان المشرك أولى
Ertinya : Sekiranya harus (bagi bukan Islam masuk masjid), sudah tentu muslim yang berjunub lebih utama untuk dibenarkan disebabkan kehormatannya dan kemuliaannya, maka di ketika TIDAK HARUS bagi seorang Muslim menetap di dalamnya, maka tentulah bukan Islam lebih lagi dilarang (kerana mereka dikira sentiasa berjunub) ( Al-Hawi Al-Kabir, 2/268)
Imam Al-Mawardi As-Syafie membawakan pula teks kata-kata Imam Syafie dalam hal ini iaitu :-
ولا بأس أن يبيت المشرك في كل مسجد إلا المسجد الحرام
Ertinya : Tiada masalah untuk seorang bukan Islam menetap di setiap masjid kecuali masjidil Haram. ( Al-Hawi Al-Kabir, 2/268)
KESIMPULANNYA
Majoriti ulama bersepakat bukan Islam TIDAK BOLEH MEMASUKI masjidil haram, namun dengan agak ketara mereka berbeza ijtihad dalam menentukan hukum bagi masjid-masjid yang lain.
Namun demikian, majoriti ulama silam dan kontemporari dilihat mengharuskan bagi masjid-masjid biasa dengan syarat-syarat tertentu seperti :-
  • 1)    Mestilah dengan izin umat Islam atau badan berkuasa Islam bagi masjid berkenaan.
  • 2)    Mestilah mempunyai sebab yang munasabah untuk memasukinya sama ada untuk mendengar penerangan berkenaan Islam, mendaftar sesuatu, bertanya, melihat dan mempelajari cara ibadah umat Islam dan yang seumpamanya.
  • 3)    Mereka mestilah menghormati seluruh keadaan dan alatan masjid, tidak membuat kebisingan dan memakai pakaian yang sesuai seperti menutup aurat bagi wanitanya yang izin memasuki masjid.
Saya cari maklumat lain. Saya jumpa laman blog yang menyiarkan hal yang sama. Anda boleh bacanya di sini. Manakala hukum wanita bukan Islam yang dalam keadaan junub memasuki masjid pula boleh dibaca di bawah ini:

Hukum Orang Junub Memasuki Masjid.
Orang yang junub dilarang dari memasuki masjid kecuali jika sekadar melintas. Dalilnya ialah ayat berikut:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لاَ تَقْرَبُوا الصَّلاَةَ وَأَنْتُمْ سُكَارَى حَتَّى تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ
وَلاَ جُنُبًا إِلاَّ عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّى تَغْتَسِلُوا.
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu hampiri solat (mendirikannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk
hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub
kecuali kamu hendak melintas sahaja, hingga kamu mandi. [al-Nisa’ 4:43]
Dalam ayat di atas, Allah Subhanahu wa Ta'ala melarang umat Islam dari menghampiri atau memasuki masjid dalam keadaan junub melainkan mereka mandi wajib terlebih dahulu. Akan tetapi ada pengecualian dalam larangan tersebut, iaitu boleh menghampiri dan memasuki masjid jika sekadar melintas sahaja.
Ada pun hukum bagi orang bukan Islam, maka ada dua kemungkinan:

  1. Orang bukan Islam termasuk dalam perbicaraan ayat 43 surah al-Nisa’ di atas. Apabila orang Islam dilarang memasuki masjid dalam keadaan junub, maka sudah tentu orang bukan Islam lebih dilarang dari memasuki masjid dalam keadaan junub.

  2. Orang bukan Islam tidak termasuk dalam perbicaraan ayat 43 surah al-Nisa’ di atas. Ini kerana ayat tersebut ditujukan kepada orang Islam. Ia dimulai dengan seruan: Wahai orang-orang yang beriman… dan bukan “Wahai manusia…”. Oleh itu hukum orang bukan Islam yang junub memasuki masjid adalah harus kerana tiada dalil sahih yang melarang mereka.
Pada analisa saya, kemungkinan kedua adalah lebih tinggi. Sebabnya:

  1. Dalam hadis-hadis yang sahih, sebagaimana yang dikemukakan dalam Analisa # 1, jelas diterangkan bahawa orang-orang bukan Islam pernah memasuki masjid. Padahal mereka, sebagaimana manusia biasa, lazim mengadakan hubungan seks dengan pasangan mereka dan tidak pernah mandi wajib. Justeru mereka sentiasa berada dalam keadaan junub. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sedia mengetahui keadaan mereka itu tetapi tetap mengizinkan mereka memasuki masjidnya.

  2. Jika diandaikan ayat 43 surah al-Nisa’ turut mencakupi orang bukan Islam, apakah jika mereka mandi wajib, mereka akan dapat memasuki masjid? Sudah tentu tidak kerana mandi wajib hanya sah bagi orang Islam.
Hasilnya, adalah tidak tepat untuk melarang orang bukan Islam dari memasuki masjid atas alasan mereka dalam keadaan junub.
 
Analisa # 3:
Hukum Wanita Bukan Islam Yang Didatangi Haid Memasuki Masjid.
Terhadap persoalan ini, terlebih dahulu perlu dianalisa secara ringkas hukum wanita Islam yang haid memasuki masjid. Kebanyakan ahli fiqh melarangnya berdasarkan sebuah riwayat:
لاَ أُحِلُّ الْمَسْجِدَ لِحَائِضٍ وَلاَ جُنُبٍ.
Aku tidak menghalalkan masjid bagi (wanita yang didatangi) haid dan tidak (halal juga) bagi orang yang junub.
Hadis ini antara lain dikeluarkan oleh Abu Daud dalam kitab Sunannya, hadis no: 220 (Kitab al-Thaharah, Bab berkenaan orang junub yang memasuki masjid).
Walaubagaimana pun, para ahli hadis berbeza pandangan dalam menilai darjat hadis ini. Di antara mereka ada yang menilainya dhaif, ada yang menilainya hasan dan ada yang menilainya sahih. Saya telah memperincikan perbezaan pandangan tentang darjat hadis ini dalam sebuah risalah lain berjudul Meninjau Semula Hukum Wanita Yang Didatangi Haid Memasuki Masjid.
Di sebalik perbezaan ini, sama-sama diketahui bahawa hukum-hukum Islam hendaklah dibina di atas sumber yang kukuh lagi padu. Hadis yang diperselisihkan darjatnya tidak boleh dijadikan sumber hukum. Apatah lagi dalam subjek yang sama terdapat hadis-hadis sahih lain yang menerangkan para isteri Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan wanita lain radhiallahu 'anhum pernah memasuki masjid dan mendiaminya dalam keadaan didatangi haid. Justeru pandangan yang lebih kuat adalah harus hukumnya bagi wanita yang didatangi haid atau nifas untuk memasuki masjid.
Ada pun wanita bukan Islam yang didatangi haid, hukumnya adalah harus juga untuk mereka memasuki masjid. Hanya saja disyaratkan agar mereka menjaga kebersihan masjid dan syarat ini mencakupi kedua-dua wanita Islam dan bukan Islam.
  Jika ada yang ingin memberikan pandangan sila kemukakannya di ruangan komen. Mungkin ada bijak pandai agama yang mempunyai pandangan yang berbeza dalam hal ini. Namun, meletakkan haram kepada bukan Islam memasuki masjid amat-amat memburukkan imej Islam walaupun penjelasan pautan di atas tidak menjurus ke arah itu.

Yang menjadi isu di sini ialah etika berpakaian bukan Islam ketika berada di masjid. YB DAP di atas terang-terang tidak menutup auratnya ketika berada di surau tersebut. Oleh itu, pada masa akan datang sila pastikan mereka mematuhi etika berpakaian ketika berada di dalam masjid atau surau.

  1. Agaknya pengarah jais ni tak nampak ada masalah lain yang lebih besar yang mengancam ummah kot... sebab tu yang ni dia paling vokal... atau yang ni agak selamat untuk jadi vokal, isu-isu lain yang bertimbun dan jauh lebih serius tu tak berapa berani nak bersuara .. kechut teloq... semoga Allah butakan mata orang2 begini, Amin

    gravatar Comment by otaklunyai @ Jumaat, Ogos 27, 2010 12:29:00 PTG      
  2. stuju. bila tgk headline berita .. saye tepikir "ape salahnye non muslim masuk surau?" .. tp bila tgk gamba.. "lahaii.. awat tak pakai tudung?" .. bila baca mkini; teo kata dia tak disuruh oleh pihak surau. haih. hrp jgnla ada pihak surau yg saja2 tak amek alert isu ni. dah tau non muslim masuk surau, kasik la tudung. tambah2 isu ni snsitippppp sgt kat utusan skrg :p .. tp bila kata non muslim takleh masuk msjid; saye terpikir pulak msjid putrajaya. boleh aje dorg masuk asalkan pakai jubah yg disediakan. msjid putrajaya tpt ibadat juga kan? bukan tpt pelancongan kan? >< ..

    gravatar Comment by chunli @ Sabtu, Ogos 28, 2010 6:42:00 PG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH