BN Adakan MAJLIS BACAAN YASIN & SOLAT HAJAT untuk P Kamalanathan. UMCO Tolong Komen!
BN bukan mendoakan P Kamalanathan mendapat hidayah lalu menukarkan namanya menjadi "Kamal" tetapi membuat solat hajat dan bacaan Yassin agar dia memenangi PRK Hulu Selangor. Ingat? Bukti, sila lihat gambar di atas. Apa komen UMCO & Co. Saya petik:
[PD] Parti UMNO dilihat semakin "bengong" dan "merapu" sekarang ini. Apa tidaknya, pemimpin mereka sudah mula meracau tak tentu pasal. Tambah-tambah si Zahid Hamidi (foto), bekas Menteri Agama UMNO dulu. Bercakap seolah-olah orang yang pandai agama dan menjaga kesucian agama. Walhal, habuk pun tak ada!. Isu bacaan doa khutbah Jumaat di Pulau Pinang dicanang-canangkan. Kononnya Kerajaan Negeri pimpinan DAP itu menukarkan nama Agong kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam bacaan doa tersebut. Walhal, perkara itu bukannya dibuktikan pun, malah satu laporan polis tidak kedengaran. Tiba-tiba si Zahid cuba menjadi pembela agama dengan menuduh ia berlaku di beberapa buah masjid di negeri itu. Namun, anehnya tidak dinyatakan masjid yang mana satu untuk siasatan lanjut. Hanya main "serkap jarang" dan kemudiannya mengehbohkan kepada media arus perdana untuk tujuan "publisiti murahan". Maka, "media UMNO Utusan Malaysia" pun berbanggalah menyiarkan laman hadapan berita "Nama Guan Eng Ganti Agong" tanpa mahu buat usul periksa apakah kebenaran terhadap cerita itu. Semua ini adalah satu "kerja jahat" untuk memalukan dan menghapuskan sokongan rakyat terutamanya orang Melayu terhadap DAP khas dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang amnya. Namun, mujurlah semua itu hanyalah "khayalan Zahid" semata-mata, sedangkan hakikatnya perkara itu memang tidak berlaku dan tidak masuk dek akal untuk berlaku. Inilah dia hasil didikan "Islam Hadhari" yang dipelopori oleh Zahid Hamidi ketika Menjadi Menteri Agama dulu agaknya. Beliau sanggup berbohong pada bulan Ramadhan, untuk menunjukkan kononnya UMNO prihatin dengan dengan kesucian Islam itu sendiri.
Yassin Dan Solat Hajat Untuk Bukan Islam Boleh?
Walhal, umum mengetahui bahawa puak-puak UMNO ini sebenarnya "syok sendiri" dalam isu-isu agama seperti itu. Mereka hanya menjadi isu agama untuk kepentingan politik semata-mata. Orang lain buat semuanya tidak kena bagi mereka, tetapi kalau UMNO yang buat semuanya "dihalalkan" begitu sahaja oleh mereka. Masih kita ingat tatkala musim kempen pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini. UMNO dengan bangganya menggantung kain rentang di seluruh Hulu Selangor bagi memaklumkan kepada rakyat bagi mengadakan Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat untuk calon BN iaitu P.Kamalanathan (foto). Bukankah calon BN itu bukan beragama Islam dan terang-terangan dari parti MIC?. Kenapa Zahid Hamidi tidak bising dan menghalalkan pula ianya terjadi di depan mata?. Kenapa tidak mengeluarkan kenyataan media bahawa tindakan melakukan bacaan yassin dan solat hajat terhadap orang kafir adalah salah dan menjatuhkan maruah serta kesucian agama Islam itu sendiri. Kenapa dalam kes Lim Guan Eng yang tidak dapat dibuktikan itu, beliau cuba untuk menjadi pembela agama?. Bukankah ini jelas menunjukkan UMNO menghalalkan apa yang tidak boleh dalam Islam sebaliknya jika dilakukan oleh Parti Pembangkang maka mereka mengharamkannya pula. Apa nak jadi dengan UMNO agaknya?...lanjut di Pahang Daily
Jangan nak putar belit!!!
Comment by Tanpa Nama @ Sabtu, Ogos 21, 2010 11:16:00 PGLim Guan Eng bukanlah ketua agama Islam di Pulau Pinang.
Ketua Agama Islam adalah Yang Dipertuan Agong. Mengapa perlu mempolitikkan institusi raja sampai begitu sekali?
Pihak jawatankuasa Masjid Padang Menora yang bertindak keterlaluan tersebut sewajarnya menerima tindakan yang sepatutnya daripada pihak berkuasa.
Betapa tidak warasnya orang-orang PAS yang berbuat sedemikian. Mereka nampaknya sudah teramat taksub kepada Lim Guan Eng. Membandingkan khalifah Umar Abdul Aziz dengan Lim Guan Eng adalah perkara yang paling amat tidak waras sekali.
Salam tanpa nama,
Comment by Unknown @ Sabtu, Ogos 21, 2010 11:24:00 PGSaudara ni kena banyak membaca blog pro-PR. Persoalan saudara sudah terjawab dalam kiriman "LGE bukan Najis Mughallazah 1&2".
Soal Khalifah Umar Abdul Aziz, bukannya membandingkan, LGE ingin mencontohi pemerintahan khalifah tersebut. Sila baca akhbar PR selalu bukan hanya bergantung pada satu2 sumber sahaja.
hehe komen yang sama di Pahang Daily.
TK
Adakah najis mughallazah lebih mulia sehingga nama ketua agama islam negeri PP/Malaysia sanggup digugurkan?
Comment by Tanpa Nama @ Sabtu, Ogos 21, 2010 11:39:00 PTGAstarfirullahhalazim
salam Bro...
Comment by kulatlapok @ Ahad, Ogos 22, 2010 1:16:00 PGcaya lah lu punya statment sama ngan wa punya ini hati dalam ada duduk cakap serupa sama mcam lu cakp gak....woookey manyak TQ. nanti wa nak pinjam lu punya statment ok..??