Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, , ,

Isnin, 16 Ogos 2010

Kisah Malang Warga Emas: Nenek 74 Tahun Dirompak, "Dirogol" & Dibunuh, Seorang Meninggal Dunia Kerana Tidak Mampu Sewa Ambulans


Al Fatihah! Saya petik:

Kes 1: 
Benarkah warga emas ini dirogol? Jika benar arwah dirogol, media tidak wajar menyiarkan namanya. Apa-apapun, kita mengharapkan setan bertopengkan manusia yang membunuh nenek ini dapat ditangkap dan dihukum dengan hukuman yang sekeras-kerasnya!
[HM] YAN: “Arwah ibu sepatutnya berbuka puasa di rumah saya petang ini (semalam) dan solat Tarawih di Alor Setar, tetapi hajat arwah tidak kesampaian,” kata Hashimi Hassan, 53, anak tunggal XXXXX, 74, yang ditemui mati terbaring dalam keadaan bogel dipercayai dirogol sebelum dibunuh perompak di ruang tamu rumahnya di Kampung Teluk Mak Acheh di sini, semalam.

Katanya, arwah ibunya yang juga bekas guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Yan Kecil di sini, tinggal seorang diri selepas kematian suami sejak beberapa tahun lalu.

“Saya menghubungi arwah pada jam 8 pagi semalam beberapa kali, tetapi telefon rumah tidak dijawab membuatkan saya gelisah dan tertanya-tanya.

“Saya tidak mengesyaki perkara buruk berlaku kerana mungkin ibu keluar ke rumah jiran.
“Bagaimanapun, kira-kira jam 2 petang semalam, saya dikejutkan dengan panggilan daripada penghulu kampung yang memaklumkan ibu saya meninggal dunia akibat kejadian pecah masuk rumah,” katanya yang ditemui di rumah ibunya di sini, semalam.

Penghulu Mukim Yan yang juga sepupu mangsa, Mohd Shukri Ahmad, 56, berkata dia menyedari kejadian itu selepas seorang jiran terjumpa dompet miliknya di tepi jalan kira-kira 30 meter dari rumahnya pada kira-kira jam 1 tengah hari.

“Saya ke rumahnya kerana bimbang mangsa tidak membuka pintu pagar seperti kebiasaan.

“Saya memasuki kawasan rumah sambil memanggil mangsa, tetapi tiada jawapan lalu memeriksa di sekeliling rumah sebelum mendapati jeriji besi pada tingkap belakang rumah dipotong,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan, Ismail Abu ketika ditemui ditempat kejadian berkata, polis menerima laporan kejadian itu pada kira-kria jam 1.30 tengah hari dan masih menyiasat punca kejadian. Katanya, polis belum mengenal pasti secara terperinci mengenai fakta kes dan tidak dapat menentukan sama ada mangsa dibunuh atau meninggal dunia atas sebab lain.

“Sebaik memasuki rumah berkenaan kami dapati mayat seorang wanita terbaring di ruang tamu rumahnya, namun tiada kesan darah dilihat berhampiran. “Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut,” katanya....- Mohamad Hussin

Kes 2:
Tolong prihatin Kerajaan 1Malaysia! 
[HM] PUTRAJAYA: Hanya kerana tidak mampu membayar perkhidmatan ambulans yang disifatkan agak tinggi, seorang pengasas Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas di Pulau Meranti, dekat sini, terpaksa merawat sendiri seorang warga emas yang sedang tenat akibat menghidap kudis tekanan di badan.
Walaupun menyedari warga emas itu mungkin tidak sembuh hanya dengan rawatan diberikan, tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa selain merawat sebaik mungkin menggunakan pengalaman sebagai jururawat sambil berdoa kepada Allah.
Lebih memilukan, warga emas yang dijaga itu meninggal dunia beberapa hari selepas itu akibat tidak mendapat rawatan yang sewajarnya di hospital.

Pengasas pusat berkenaan, Muji Sulaiman berkata, setiap kali warga emas itu sakit, dia terpaksa dihantar ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut dan kos perkhidmatan ambulans yang diperlukan sekurang-kurangnya RM500 untuk pergi balik.

Bagaimanapun, akibat kekangan kewangan, Muji berkata, dia tidak menghantar warga emas itu ke hospital sehingga meninggal dunia di rumah jagaan berkenaan tidak lama selepas dirawat di situ.

“Mungkin ada orang yang beranggapan saya tidak berperikemanusiaan, tetapi apa yang saya boleh buat, saya tak ada duit untuk mendapatkan perkhidmatan ambulans untuk menghantar pesakit ke hospital.

“Apa yang saya boleh buat hanya rawat pesakit itu dengan sebaik mungkin dengan harapan dia akan sembuh. Bagaimanapun, Allah lebih menyayanginya apabila meninggal dunia tidak lama selepas itu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau berkata, kes seumpama itu adalah beberapa kejadian yang terpaksa dihadapinya sepanjang mengendalikan pusat jagaan dan rawatan berkenaan sejak lebih enam tahun lalu.

Katanya, kebanyakan warga emas yang tinggal di rumah jagaan itu menghidap penyakit kronik dan serius yang dihantar oleh beberapa hospital berdekatan untuk dijaga berikutan dihantar anak-anak, warga emas itu sendiri meminta dihantar ke situ atau mereka yang tiada saudara-mara.

Keadaan itu, menurutnya memaksa beliau mengeluarkan perbelanjaan tinggi untuk menghantar mereka ke hospital bagi menerima rawatan lanjut...-Hayati Ibrahim

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH