Diskriminasi & Anti-Islam: Boikot Disney!
Imane (bertudung warna putih) |
Menurut sumber berita, Imane Boudal, 26 telah mengemukakan permohonan tentang pemakaian tudung itu kepada pihak pengurusan hotel beberapa bulan yang lalu. Apabila tiada sebarang jawapan diterimanya, Imane bertekad untuk memakai tudung kerana mahu memenuhi tuntutan agama bermula bulan Ramadan ini.
Tindakan Imane telah menyebabkan pihak Disney memanggilnya dan memberikan kata dua, sama ada dia bekerja di bahagian belakang (tidak berhadapann dengan tetamu hotel) atau menanggalkan tudungnya jika mahu bekerja sebagai pelayan di hotel tersebut. Alasan mereka kerana penampilan Imane tidak selari dengan imej Disney.
Diskriminasi itu telah mendorong Imane dengan bantuan kesatuan pekerja dan pertubuhan NGO menyaman pihak Disney kerana tidak membenarkannya bekerja sebagai pelayan kerana memakai tudung.Cerita lanjut tentang hal ini boleh anda baca di sini.
Yang menarik perhatian saya ialah respons Ameena Mirza Qazi, wakil American-Islamic Relation yang juga peguam bagi pertubuhan itu. Katanya: "Tiada justifikasi untuk Disney menghalang Imane daripada memakai tudung semasa bekerja. Untuk mengatakan bahawa tudungnya memberikan impak (kedatangan) kepada pengunjung bukan sahaja menghina Imane, tetapi merupakan penghinaan terhadap ribuan Muslim yang mengeluarkan duit untuk mengunjungi taman tema Disney, resort dan rumah penginapan syarikat tersebut."
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.