[Kemas Kini] Nama Lim Guan Eng Bukan "Najis Mughallazah" 2
Dalam The Star, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri, Abdul Malik Kassim menafikan imam menukarkan nama Agong kepada KM Lim Guan Eng semasa membaca doa dalam khutbah kedua Solat Jumaat. Katanya lagi, dakwaan sedemikian berpunca daripada sesetengah AJK masjid yang mahu mensabotaj program agama kerajaan negeri. Anda boleh baca laporan The Star tentang hal ini di sini.
Dalam kiriman "Nama LGE Bukan Najis Mughallazah" ada dipautkan penafian LGE tentang hal ini. Penafian ini membuktikan tiada wujud arahan daripada kerajaan negeri agar nama KM PP itu dimasukkan dalam doa khutbah Solat Jumaat.
Sebaliknya, 2 orang kariah, iaitu Hamir dan Abu Kassim, kedua-duanya dari dua masjid yang berbeza mendakwa khatib jemputan dari Perak, iaitu Zakaria ada menyebut nama LGE dalam doa khutbah kedua. Hal ini ada disiarkan dalam UM seperti yang berikut:
''Rakan-rakan kariah masjid ada menjemput dia (Zakaria) untuk memberi khutbah dan kita tiada halangan.Oklah, katakanlah dakwaan dua kariah itu benar. Khatib tersebut menyebut nama LGE dalam doa khutbah kedua Solat Jumaat seperti yang diberitakan, memohon agar LGE diberikan hidayah untuk menerima Islam. Sila baca semula kata-kata salah seorang kariah yang disiarkan dalam UM di atas. AJK masjid mendakwa doa itu untuk memohon agar LGE menerima hidayah Allah SWT. Dalam hal ini, adakah UMCO tidak mahu orang bukan Islam diberikan hidayah untuk menerima Islam? Si khatib bukan mendoakan agar Allah mengampunkan dosa LGE!
"Kalau ditanya mengenai isu ini, kita memang akui nama ketua menteri memang ada disebut dalam doa khutbah.
''Nama Yang di-Pertuan Agong tidak disebut langsung tetapi ingin saya tegaskan bahawa pihak kariah sendiri tidak membuat apa-apa arahan atau permintaan supaya nama ketua menteri disebut dalam doa khutbah," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Hamir menambah, jawatakuasa kariah mempertahankan penggunaan nama Guan Eng dalam doa khutbah kerana mendakwa ia bertujuan memohon kepada Allah supaya Setiausaha Agung DAP itu diberi petunjuk dan hidayah untuk memeluk Islam.
Ditanya kenapa nama Guan Eng disebut dalam doa berkenaan tetapi tidak nama Yang di-Pertuan Agong, Hamir menjelaskan, beliau sendiri tidak pasti kerana dalam teks doa tertera nama Tuanku Mizan.
"Mungkin dia (Zakaria) terlupa sebab dia pun dari Perak bukan dari sini," ujarnya..
Hamir juga mengakui kejadian itu menyebabkan pihaknya dipanggil oleh Jabatan Agama Islam Seberang Perai Utara (SPU) untuk memberi penjelasan.
Sementara itu, Abu Kassim yang juga Ketua UMNO Bahagian Jelutong memberitahu, perkara sama turut berlaku di masjid di kawasannya kira-kira dua hingga tiga bulan lalu.
Menurutnya, khatib ketika itu hanya menyebut nama Guan Eng dalam doanya dan bukan Tuanku Mizan atau Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abas.
Dalam hal ini, Harakah Daily ada melaporkan bahawa Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Rosidi Husein menegaskan bahawa tidak menjadi kesalahan sekiranya nama Ketua Menteri dibaca dalam khutbah supaya beliau diberikan taufik dan hidayah oleh Allah SWT memandangkan beliau banyak melibatkan diri dalam aktiviti Islam. Laporan penuh boleh anda baca di sini.
Seperkara lagi, si kariah masjid tadi turut menegaskan bahawa tiada arahan yang diberikan oleh mereka untuk memasukkan nama KM PP dalam doa khutbah kedua Solat Jumaat. Jadi maknanya, dalam hal ini tidak wujud arahan daripada kerajaan negeri atau AJK masjid yang terlibat. Oleh itu, saya beranggapan mungkin kerana begitu kagum akan kewibawaan LGE, si khatib tadi terlupa menyebut nama Agong dalam doanya. Adakah ini suatu kesalahan yang begitu besar sedangkan pihak masjid seluruh negara jarang-jarang gagal mendoakan kesejahteraan sultan dan raja di negara ini sejak hal ini mula diwartakan? Yang paling penting, bukan setakat dalam doa khutbah kedua Solat Jumaat kita mendoakan kesejahteraan seseorang, malah kita digalakkan mendoakan kesejahteraan seseorang setiap masa.
Sementara itu dalam Mstar, Penasihat Agama kepada PM, Datuk Seri Dr. Abdullah Md Zin mengatakan:
"...khutbah Jumaat adalah satu ibadat yang diwajibkan kepada setiap umat Islam dan ia tidak boleh disamakan dengan sesuatu majlis yang dimana aturcaranya boleh diubahsuai sesuka hati dan tidak berlandaskan hukum.Apabila menyebut hukum, timbul persoalan: batalkah sembahyang Jumaat itu jika menyebut nama KM PP dengan tujuan memohon Allah memberikan hidayah keadaannya? Dia juga menyatakan bahawa tiada perkara seumpama itu berlaku walaupun pada zaman Nabi. Betulkah begitu? Inilah salah satu tingkah laku menyebabkan orang bukan Islam menjauhkan diri daripada agama yang bersifat universal. Semuanya gara-gara politik murahan!
"Justeru, tidak wajarlah di dalam doa khutbah kedua solat Jumaat dimasukkan doa untuk mereka yang bukan Islam kerana ia tidak pernah dilakukan walaupun di zaman Nabi."
Sebenarnya, isu ini bukanlah isu besar. Namun kerana UMCO tiada isu yang hendak "dimainkan" di akhbar dan di televisyen, maka isu remeh ini dilaungkan berhari-hari dengan harapan orang Melayu yang jahil akan bangkit membantah dan menghukum DAP, PKR, PAS dalam pilihan raya umum akan datang. Bagi yang cepat sangat hendak mencemuh DAP, PKR, dan PAS dalam isu berkaitan dengan institusi raja di negara ini, sila selak sejarah dengan mengelik gambar "Siapa Derhaka kepada Raja" di kolum blog ini. Dalam isu agama, isu "judi bola sepak" dan "hukum hudud" sudah memadai untuk anda menilai sikap sebenar UMCO terhadap agama!
Kemas Kini:
Sudah jelas?
* Hanya Salah Faham - Imam
TASEK GELUGOR 20 Ogos - Imam Masjid Jamek Padang Menora, Ibrahim Ishak mengakui khatib ada menyebut nama Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat baru-baru ini.
Bagaimanapun katanya, ia bermaksud semoga Allah membukakan hati Guan Eng untuk menerima Islam.
Beliau menjelaskan, khatib berkenaan bukannya mendoakan kesejahteraan Guan Eng dunia dan akhirat kerana perkara itu adalah salah.
Ibrahim juga mengakui nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak disebut dan beliau telah menegur khatib terbabit dan mengakui kesilapan yang dilakukannya.
''Isu penggunaan nama Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat berpunca daripada salah faham di kalangan jemaah sendiri.
''Ramai di kalangan mereka tidak faham mengenai doa yang dibacakan oleh khatib jemputan pada hari berkenaan.
"Ada jemaah yang tak faham bahasa Arab, salah faham tentang maksud doa yang dibacakan itu,' katanya ketika ditemui di masjid tersebut di sini hari ini.
Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang semalam membantah penggunaan nama Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong di beberapa masjid, baru-baru ini.
Menurut Ibrahim, pada setiap bulan pihak masjid akan menjemput khatib luar untuk membacakan khutbah di situ.
Katanya, adalah perlu bagi khatib dan jemaah mendoakan pemimpin negara dalam setiap doa yang dibaca mereka.
"Saya amat kesal dengan apa yang berlaku dan kami akan buat siasatan siapa yang menyebarkan berita tak betul ini," ujarnya.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.