Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Khamis, 19 Ogos 2010

Suami Cekup Isteri Khalwat dalam Bulan Ramadan


Banyak dosa betina ini! Saya petik:
[HM] MELAKA: Ketika umat Islam lain menunaikan ibadat puasa, seorang wanita bagaikan tidak mempedulikan kesucian Ramadan apabila dicekup suaminya sendiri kerana disyaki berkhalwat dengan lelaki lebih muda, semalam.
Wanita berusia 33 tahun itu dicekup suaminya di rumah mereka di pinggir bandar ini ketika bersama kekasih gelapnya yang juga seorang duda berusia 21 tahun.
Rahsia pasangan itu terbongkar apabila lelaki berusia lewat 30-an itu pulang ke rumahnya kira-kira jam 7 pagi dan sebaik masuk, dia terdengar isterinya sedang berbual dengan seorang lelaki.

Curiga dengan kehadiran orang asing yang berkurung bersama isterinya, lelaki terbabit menghubungi Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) bagi membuat pemeriksaan kira-kira jam 8 pagi.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agamanya, Rahimin Bani berkata, sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasanya ke lokasi berkenaan dan apabila tiba, lelaki terbabit sudah menunggu di luar rumah.

Katanya, pihaknya terus masuk ke dalam rumah berkenaan dan pintu bilik itu dibuka lelaki terbabit.

“Pemeriksaan menemui seorang wanita dan lelaki sedang tidur bersama di atas satu katil dan wanita terbabit turut terkejut apabila melihat suaminya turut ada bersama.

“Ketika ditahan, wanita berkenaan hanya memakai baju-T singkat serta berseluar pendek, manakala lelaki terbabit hanya berseluar.

“Selepas disoal siasat dan mereka mengakui tidak mempunyai sebarang hubungan mahram, pasangan terbabit ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Rahimin berkata, siasatan dilakukan mendapati pasangan itu keluar bersiar-siar sehingga awal pagi dan wanita berkenaan mengajak lelaki terbabit pulang ke rumahnya kerana sudah lewat untuk menghantarnya pulang.

Katanya, lelaki itu tiba di rumah wanita berkenaan kira-kira jam 3.30 pagi sebelum mereka tidur.

“Bagaimanapun, pasangan berkenaan menyatakan mereka tidak tidur sebilik, sebaliknya ketika ditahan pasangan berkenaan dicekup tidur sekatil.

“Pasangan itu baru saja berkenalan tiga bulan lalu dan wanita itu pula mendakwa pada masa ini dia dan suaminya ada krisis rumah tangga.

“Lelaki terbabit bekerja sebagai peniaga, manakala ibu kepada tiga anak itu bekerja di sebuah pasar raya di bandar ini,” katanya.

Rahimin berkata, pasangan terbabit ditahan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman dengan bukan mahram, sabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali.-Norfaisal Jahuri

 * Gambar sekadar hiasan.


Berkaitan:
*Bawa teman wanita selepas ibu bapa pergi kerja
[HM] KULIM: Ketika umat Islam di negara ini sibuk melaksanakan ibadah puasa, masih ada pasangan yang sanggup melakukan perbuatan terkutuk berkhalwat pada waktu pagi.
Dalam satu kes khalwat di sini kelmarin, seorang pelajar perempuan tingkatan lima ditahan anggota penguatkuasa Pejabat Agama Islam Kulim Kedah (PADK) di rumah teman lelakinya berusia 24 tahun, kira-kira jam 8.45 pagi di Taman Lobak dekat sini.
PADK melakukan pemeriksaan di rumah berkenaan selepas mendapat maklumat daripada jiran lelaki itu pada jam 8 pagi.

Difahamkan jirannya tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki itu membawa masuk teman wanitanya ke rumah selepas ibu bapanya keluar bekerja dan dia meminta pasangan berkenaan keluar dari rumah tetapi tidak diendahkan.

Selepas beberapa minit menunggu, jiran yang marah dengan pasangan itu bertindak melaporkan kepada PADK sambil mengepung rumah itu...

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH