Carrefour: Selamat Tinggal Malaysia
Saya petik:
[MK] Gergasi peruncitan Perancis, Carrefour bercadang menjual kepentingan perniagaannya di Malaysia.
Menurut laporan AFP yang memetik kenyataan timbalan menteri perdagangan antarabangsa, Datuk Mukhriz Mahathir, firma itu juga dijangka menjual kepentingan mereka di Singapura dan Thailand dan keluar daripada pasaran Asia Tenggara.
"Kami difahamkan Carrefour bercadang melepaskan kepentingan mereka. Tindakan itu bertujuan bagi merasionalisasikan perniagaan mereka di luar negara,” kata Mukhriz kepada AFP pada lewat petang semalam.
"Mereka mahu jual perniagaan mereka (di Malaysia)," katanya sambil menambah "hypermarket lain telah menampakkan minat untuk mengambil-alih' 23 stor Carrefour di seluruh negara.
"Banyak yang sesuai," katanya.
Pengarah, pemasaran dan komunikasi Carrefour, Low Ngai Yuen, enggan mengulas apabila diminta komennya.
Yeah Kim Leng, ketua ekonomi bagi firma penyelidikan kewangan RAM Holdings berkata tindakan Carrefour meninggalkan Asia Tenggara telah dijangkakan.
"Berita itu telah ditimbul sejak sekian lama. Tidak lagi menjadi rahsia bahawa Carrefour bercadang meninggalkan Malaysia, Thailand dan Singapura,” katanya.
Menurut Yeah, Carrefour ingin memperkemaskan operasinya dan memindahkan sumbernya ke pasaran India yang semakin berkembang.
Carrefour: Selamat Tinggal Malaysia dan Singapura dan Thailand dan indon...
Comment by joecharlie @ Selasa, Ogos 24, 2010 10:53:00 PTG