[Kemas Kini] Nama Lim Guan Eng Bukan "Najis Mughallazah"
Nama pun UMCO, memang itulah kerjanya, mengadu domba. Hari itu kecoh fasal peniaga Melayu dikatakan tidak dibenarkan berniaga di Bazar Ramadan. Siasat...siasat, akhirnya didapati KMA tidak membayar sewa peniaga kepada PDC. Kes tibai duit-provokasi untuk bodek bos (UMCO).
Hari ini akhbar UM melaporkan "Nama Guan Eng Ganti Agong":
Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang membantah penggunaan nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng (LGE) dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di beberapa masjid, baru-baru ini.Pertama-tamanya, betulkah dakwaan ini? Atau dakwaan ini sama sahaja dengan sifatnya dengan dakwaan KMA tentang Bazar Ramadan di Komtar. Dakwaan ini telah dinafikan oleh LGE. Anda boleh baca di sini. Memang lazimnya doa dibaca untuk ketua negeri atau ketua agama Islam. Tidak logik jika nama LGE disebut sedangkan nama yang sepatutnya didahulukan tidak dinyatakan. Jika nama salah satu ketua itu sudah disebut, tidak salah juga mahu mendoakan semoga Ketua Menteri PP memperoleh hidayah. Salahkah orang Islam mendoakan beliau mendapat hidayah dan mengharapkan beliau mentadbirkan negeri dengan baik. Lagipun namanya bukan najis mughallazah sehingga haram "membawa" namanya di dalam masjid!
Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penggunaan nama Setiausaha Agung DAP itu dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lalu di beberapa masjid sekitar sini, Permatang Pauh dan Jelutong.
Perkembangan itu, tegasnya, amat mengejutkan kerana seolah-olah ada usaha pihak tertentu untuk mencemarkan nama Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam di negeri ini.
“Lazimnya dalam doa kedua khutbah solat Jumaat, ada dibacakan doa untuk ketua negeri atau ketua agama Islam dan umum mengetahui di Pulau Pinang kita merujuk kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam.
“Penggunaan nama ketua menteri jelas mengingkari kuasa Yang di-Pertuan Agong seolah-olah ketua menteri pula menjadi ketua agama Islam,”
Satu lagi isu adalah tentang LGE menghadiri majlis pengagihan zakat. Apa masalahnya KM PP itu menghadiri majlis tersebut atas kapasitinya sebagai KM? Kata Zahid: "Kalau pun kerajaan negeri mahu menggambarkan beliau (Guan Eng) sebagai pemimpin yang fleksibel tetapi kita percaya ada agenda tersembunyi untuk menggunakan Islam bagi meraih kepentingan politik,” Dia PERCAYA ada agenda tersembunyi. Itu sahaja. Sebagai KM apa salahnya beliau menghadiri majlis tersebut sebagai KM dan menjalankan tugasnya demi kepentingan semua bangsa dan agama di negeri yang ditadbirkannya.
Cukuplah, tidak perlu ulas panjang-panjang kerana orang tahu isu ini sengaja dimainkan untuk meraih perhatian orang Melayu, tambah-tambahnya mereka yang agak jahil.
Tuntasnya, mereka menyempitkan Islam sampai begitu sekali kerana kepentingan undi dan politik. Islam digambarkan hanya untuk Melayu dan orang Islam sahaja. Orang sebeginilah yang menyebabkan sindrom Islamophobia semakin menular bukan sahaja di Barat malah mula menular di sini. Sikap begini menyebabkan orang bukan Islam tawar hati untuk mendekati agama yang suci ini. Walhal dakwah dan jalan memperkenalkan Islam bukan melalui ceramah semata-mata.
Salam joecharlie aka zolkaplie,
Comment by Unknown @ Jumaat, Ogos 20, 2010 9:41:00 PGsaya tidak kisah anda memberikan komen bertentangan dengan maksud artikel. Berhujahlah kerana itu yang terbaik untuk meencari kebenaran.
Komen anda sangat-sangat dialukan tetapi tolong ikut panduan/adab memberikan komen, misalnya jangan guna nama orang yang ada unsur menghina.
Sila kemukakan komen anda sekali lagi, Insya-Allah saya siarkan
makinhari makin terserlah kebodohan & kebanggangan org melayu bernama umno...agak2 inilah kafarah dari alahh s.w.t
Comment by opisboi @ Jumaat, Ogos 20, 2010 10:29:00 PG