Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Jumaat, 20 Ogos 2010

Pekerja Melayu & India Dilayan Tidak Adil dalam Sektor Swasta



Pertama sekali, perkara seperti ini memang berlaku. Kedua, diskriminasi ini bukan sahaja berlaku di Pulau Pinang, tetapi berlaku di serata negara. Perkara seperti lazimnya berlaku di syarikat sendirian berhad terutamanya syarikat yang tidak mempunyai jabatan khusus untuk menangani hal ehwal tenaga manusia. Hal ehwal gaji dikawal oleh orang tertentu dan bukannya boleh diakses oleh banyak pihak. Tambah-tambah pula polisi di syarikat swasta, gaji ialah rahsia.

Bagi yang bekerja swasta, hal ini bukanlah sesuatu yang baharu. Mula-mula hal ini hanyalah syak-wasangka. Namun, hal ini lebih jelas apabila ada yang berkesempatan melihat slip gaji rakan atau melihat rakan sebangsa dengan pemilik syarikat dinaikkan pangkat walaupun prestasi tidak seberapa. Lebih malang tangga gaji yang berbeza juga diberikan kepada pekerja Melayu, India, Cina.

Ada rakan yang berhenti kerja kerana protes apabila gaji yang diterimanya jauh lebih rendah berbanding dengan staf yang baru masuk ke tempat kerjanya. Walhal dari segi pengalaman, dia jauh lebih berpengalaman dan prestasi kerjanya pun cemerlang. Namun, diskriminasi yang diamalkan oleh majikannya membuatkannya tawar hati untuk berkhidmat di syarikat kejuruteraan. Akhirnya, dia membuat keputusan meninggalkan syarikat tersebut dan berkhidmat di syarikat lain.

Kiriman ini bukan untuk memprovokasi atau bersifat perkauman. Kiriman ini memerihalkan realiti semasa. Jika ada pembaca yang tidak bersetuju dengan kiriman ini, terpulanglah. Namun, saya pernah mengalaminya dan masih mengalaminya.

Seperkara lagi, apabila isu ini timbul janganlah melulu mengatakan semua syarikat milik swasta bersikap demikian. Saya tahu ada banyak majikan yang adil dan saksama. Apabila menyentuh tentang diskriminasi di sektor swasta, saya tidak menafikan juga diskriminasi yang berlaku di sektor awam.

Saya petik:
[FMT] PETALING JAYA: Sikap perkauman kaum Cina di Pulau Pinang lebih jelas kelihatan sekarang ini sehingga mengakibatkan golongan Melayu dan India terus ditindas dalam menceburi bidang swasta.

Timbalan Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang Datuk Azmi Merican berkata, masalah sentimen perkauman pekerjaan swasta yang digunakan oleh kaum Cina telah lama berlaku di Pulau Pinang dan kebanyakan orang Melayu serta India tidak diberi peluang untuk menceburi sektor swasta kerana syarat yang dikenakan tidak munasabah.


"Antara syarat yang diwajibkan sektor swasta di Pulau Pinang adalah pemohon perlu fasih berbahasa Cina dan kebanyakan jawatan yang diiklankan khas untuk kaum Cina sahaja.

"Banyak jawatan tertulis dalam akhbar yang mengenakan syarat sedemikian hingga menyebabkan penindasan secara halus berlaku kepada kaum Melayu dan India di Pulau Pinang," ujarnya.

Beliau berkata, walaupun ada kaum Melayu dan India yang mempunyai kriteria seperti ditetapkan, tangga gaji bagi jawatan yang sama dengan kaum Cina akan dibezakan kerana menggunakan kuasa perkauman untuk membezakan taraf kedudukan.

Sektor swasta amal perkauman
"Sekarang ini kaum Cina baru menguasai sektor swasta di Pulau Pinang tetapi sudah mengamalkan dasar perkauman yang ketara.

"Kaum Cina selalu menyentuh mengenai ekuiti Bumiputra tetapi Melayu tidak pula banyak menyentuh isu perkauman yang diamalkan dalam sektor swasta," jelasnya.

Azmi berkata, apabila kaum Cina mengamalkan dasar perkauman, ianya tidak dipertikaikan tetapi kaum Cina sekarang ini sentiasa tidak berpuas hati terhadap kaum Melayu hingga sengaja mempertikaikan pelbagai dasar yang telah ditetapkan dalam perlembagaan.

"Jika kaum Melayu dan India tidak melihat tamparan perkauman yang digunakan oleh kaum Cina, kedua-dua kaum ini akan sentiasa dibelakangkan," katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today hari ini.
Katanya, kelebihan kaum Cina dalam sektor swasta adalah kerana pemilik syarikat swasta rata-ratanya adalah terdiri daripada kaum Cina sendiri.

"Sepatutnya pemilik syarikat kaum Cina perlu memberi peluang yang sama rata tanpa menindas kaum lain dalam melaksanakan tugas.

"Isu ini bergantung kepada pemilik-pemilik syarikat swasta untuk melakukan perubahan yang adil kepada semua pihak," katanya.

Penganalisis Politik USM Dr Sivamurugan Pandian berkata, permasalahan kaum India dan Melayu dalam menceburi sektor swasta di Pulau Pinang perlu diselesaikan segera supaya tiada perbezaan taraf sehingga menyebabkan masa depan kaum lain terjejas.

"Mana-mana kaum yang berkuasa dalam sektor apa sekalipun perlu memberi kerjasama kepada semua pihak tanpa membezakan kaum dalam memberi pekerjaan bagi melaksanakan tangungjawab secara bersama.

"Kaum Melayu yang menguasai sektor kerajaan juga haruslah menyediakan banyak peluang pada kaum lain terutamanya kepada kaum Cina dan India,"jelasnya.

Dr Siva berkata, institusi swasta perlu berubah peranan dari bersikap sedemikian kerana negara ini adalah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan bangsa untuk bersatu.

Sikap prejudis
"Jika sektor swasta terus mengamalkan sikap prejudis, perkara ini akan berlarutan dan membimbangkan," katanya.

Nazbina Ghazali seorang pekerja swasta berkata, tindakan membeza kaum amat ketara berlaku dalam sektor swasta hinggakan kaum lain seperti Melayu dan India gagal maju ke hadapan menjawat jawatan lebih tinggi dalam sektor tersebut walaupun mempunyai banyak kelebihan berbanding kaum Cina.

"Ramai kaum Melayu dan India telah bekerja bertahun-tahun dan mempunyai kelebihan untuk menjawat jawatan lebih tinggi, tetapi masih tetap ditahap yang lama kerana kaum Cina yang tidak mempunyai pengalaman dan kelulusan diberi keutamaan menjawat jawatan tertinggi.

"Saya pernah mempunyai pengalaman dimana ketika ditemuduga, soalan pertama yang ditanyakan adalah, adakah anda boleh bercakap bahasa Cina? Majikan tersebut juga akan menyatakan syarikat mereka memerlukan seseorang yang fasih berbahasa Cina untuk memudahkan percakapan bersama majikan lain," katanya.
Edmand Steven Grumach pekerja swasta juga berkata, sesetengah individu India dan Melayu di Pulau Pinang mengalami masalah untuk hadir temuduga di dalam sektor swasta kerana kebanyakan syarikat besar termasuk sektor perkilangan mengenakan syarat yang sama iaitu memerlukan pengetahuan berbahasa Cina.

"Jika ada jawatan yang rendah, syarat seperti itu tidak pula dikenakan dan ianya jelas menunjukkan sikap perkauman untuk memberi jawatan tertinggi kepada kaum Cina.

"Sebagai pekerja swasta, saya berharap agar syarikat swasta di Pulau Pinang tidak akan membezakan kaum supaya peluang pekerjaan dapat diberikan secara sama-rata," ujarnya. - Qayum Rahman

  1. Diskriminasi itu tetap ada di mana-mana organisasi terutama organisasi bukan melayu. Orang melayu sebenarnya apabila bekerja dengan bukan melayu, sikap mereka sangat positif, rajin, jujur, cekap dan amanah serta patuh pada majikan sehinggakan jika dimarahi pun masih selamba datang kerja esoknya namun bila bekerja dengan majikan melayu, ada segelintir mereka yang bersikap sebaliknya.

    Iktibarnya = tidak perlulah melayu terhegeh-hegeh nak makan gaji dengan bukan melayu. Mari beramai2 mulakan usaha dalam bidang perniagaan supaya kelak dapat anak melayu bersama-sama bekerja mencari rezeki dan menimba pengalaman niaga serta tidak perlu mengharapkan kerja makan gaji dengan bangsa lain.

    Bangsa bukan melayu ni sebenarnya maju dalam perniagaan kerana hasil sokongan PADU orang melayu juga. Lihat saja kalau produk2 melayu akan dipandang sebelah mata oleh orang melayu sendiri tapi jika produk bukan melayu, itulah yang diagung2kan.

    Kesannya, usahawan melayu sukar bangkit untuk berdiri sama tinggi dengan peniaga bangsa lain akibat perlekehan oleh orang melayu sendiri. Jika produk & usaha orang melayu maka macam2 perkara dipertikaikan, tapi menabur duit dan jasa kepada bangsa asing, itu jadi kebanggaan.

    Jika mentaliti sebegini masih berterusan maka usahlah kita pertikaikan apabila menghadapi situasi kesukaran mendapatkan kerja dan perbezaan gaji di sektor swasta (bangsa bukan melayu), redha sajalah anak cucu kita terus diketepikan dan diperkudakan semahunya.

    * Begitupun, sudah ada melayu yang mempunyai kesedaran dan mula memberikan sokongan terhadap produk dan usaha orang melayu dan mereka yang bersikap sebegini diucapkan terima kasih dan syabas.

    Ubah cara berfikir, jika selalunya kita apabila melihat tauke cina memandu kereta mewah kita akan berasa kagum dan anggap beliau bijak manakala bila melihat melayu memandu kereta mewah kita anggap beliau berlagak, cuba ubah tanggapan ini kepada yang positif seterusnya menjadi satu cita-cita untuk kita lebih menggunakan akal fikiran agar kita pula yang boleh berjaya dan memandu kereta mewah suatu masa nanti. Berusahalah walau berdikit-dikit dan usah gelojoh untuk menjadi yang SEGERA.

    Semua orang dikurniakan akal yang sama banyak namun berapa bahagian yang dimanfaatkan itulah yang menjadi kayu pengukur untuk kejayaan seseorang.

    * akhirkata maaf dipohon sekiranya kenyataan2 di atas menyinggung perasaan sesiapa yang membaca namun luahan ini diharap dapat membuka minda anak bangsa.

    Sekian, wassalam.
    Ikhlas
    mjb27

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Ahad, Ogos 22, 2010 6:35:00 PG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH