Respons dan Wajah Khatib yang Doakan Lim Guan Eng
Saya petik:
[SH] TAIPING – Penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang disebut dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat di beberapa masjid sekitar Pulau Pinang bukan perkara baru.
Perkara itu disahkan khatib, Zakaria Ahmad yang mengakui bukan pertama kali beliau membaca doa tersebut tetapi ianya dilakukan sejak dua tahun yang lalu.
Menurutnya, doa yang disebut hanya menjuruskan supaya Allah memberikan hidayah kepada Guan Eng agar memeluk Islam.
“Tiada sebarang motif dalam khutbah berkenaan. Ramai yang salah faham terhadap isu ini dan mempolitikkannya sehingga menjadi berita hangat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, isu berkenaan tidak patut dipolitikkan dan menyifatkan kontroversi yang timbul sebagai mainan politik semata-mata.
"Saya terbuka dan bersedia menjawab serta menjelaskan perkara sebenar di sebalik isu hangat itu. Bagi meredakan keadaan ini, penjelasan di atas diharap dapat menerangkan perkara sebenar mengenai apa yang berlaku,” katanya.
Tak baca doa untuk YD Agong dan YD Negeri tetapi membaca doa supaya Lim Guan Eng diberi hidayah, bukan bermakna Lim Guan Eng nak ganti Agong. Kerana itu adalah doa, dan di dalam doa telah mendoakan kesejahteraan muslimin dan muslimat, di mana YD Agong dan YD Negeri adalah seorang muslimin. Malahan di dalam adab berdoa tidak disyaratkan pun mesti didoakan kepada ketua negara secara khusus, malah setahu saya tidak termaktub pun di dalam perlembagaan akta berkaitan doa.
Comment by Tanpa Nama @ Ahad, Ogos 22, 2010 10:41:00 PTGNamun yang mewawarkan diri sebagai First Lady sampai sanggup bayar wang publisiti di luar negera, ini adalah penderhakaan secara terbuka, malah si pelaku tidak menunjuk pun tanda kesal dengan perbuatannya. Sedia maklum bahawa jawatan 'Wanita Pertama' telah termaktub di dalam perlembagaan milik Raja Permaisuri Agong. Jadi kenapa UMNO tak mahu buat laporan polis atas pencabulan perlembagaan yang 'crystal clear' ini?
Jangan Nak putar belit.
Comment by Tanpa Nama @ Ahad, Ogos 22, 2010 10:56:00 PTGYang dipertikaikan bukan doa kpd LGE tetapi kenapa digugurkan nama Ketua Agama Islam PP/Malaysia?
Kalau ya pun nak doakan LGE masuk Islam janganlah tinggalkan langsung nama Yang Dipertuan Agung dan TYT Yg.Dipertua Negeri.
Lain kali, doakan juga Lim Kit Siang dan Karpal Singh. Baru-baru ini Karpal Singh dengan terang-terang menolak cadang...an Nik Aziz bahawa cara terbaik menangani masalah jenayah dan sosial ialah meminda undang-undang sivil dan digantikan dengan undang-undang hudud. Mungkin doa untuk buka hati Karpal Singh boleh ditambah dalam khutbah Jumaat minggu hadapan.
Yang jelas tindakan membaca doa kepada LGE ini dengan membelakangkan YDP Agung adalah satu perbuatan mencemar nama Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam di Pulau Pinang dan di luar daripada keputusan Majlis Raja-Raja.
Tak sah ke solat jumaat kalau tak baca doa kpd YDP Agong dan TYT.
Comment by Tanpa Nama @ Ahad, Ogos 22, 2010 11:07:00 PTGIni semua hanya isu nak lahirkan kebencian org Melayu yg bodoh terhadap PR.
Hari tu, serang Selangor..last-last kena batang hidung sendiri. Skrg serang Penang..last-last nampak kejahilan sendiri... LEPAS ni KEDAH pulak. Tak tahulah isu apa pulak nak dicari.
Jadilah org yg bijak. aDptkan maklumat dari sumber yg betul.
Jangan Nak Putar Belit... p belajar rukun khutbah nun..!
Comment by Kuda Perang @ Isnin, Ogos 23, 2010 10:19:00 PG