Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Khamis, 19 Ogos 2010

Tidur dengan 20 Lelaki Tidak Dikenali Semata-mata Mahu MENGANDUNG


Gila! Orang Barat memang gila-gila, rosak akhlak, moraliti diletakkan serendah-rendahnya kerana mahu mempertahankan hak asasi untuk berbuat sesuatu atau mahu memenuhi nafsu serakah, dan macam-macam lagi perkara yang seumpama itu. Jangan marah, saya akui bukan semua orang Barat bersikap sedemikian, tetapi sebahagian besarnya begitu.

Apabila saya tulis kenyataan yang sedemikian rupa, orang akan kata: "kuman di seberang laut engkau nampak, gajah di depan mata engkau tidak nampak?!? Sejak belakangan ini, perlakuan dan sikap muda-mudi kita lebih dashyat daripada muda-mudi di Barat. Minum arak: bersepah; seks bebas: berlambak; buang bayi (di Barat jarang-jarang diberitakan, di sini: semakin kronik; masalah sosial di sekolah: semakin menakutkan di sini; dan seribu macam lagi kelakuan antimoral yang berlaku di negara kita.

Berita fasal kemaruk untuk mengandung ini bukanlah berlaku di Malaysia, tetapi berlaku di Britain. Nama wanita muda ini ialah Lara Carter, berusia 25 tahun. Dia mengaku kepada media bahawa dia begitu terdesak untuk mengandung sehingga mendorongnya meniduri 20 lelaki yang tidak dikenalinya. 

Kerana kemaruk untuk mengandung, wanita muda ini juga sanggup berhabisan untuk membeli alat pengovuman (harganya 20 pounds -RM98.55) untuk mengetahui masa dia benar-benar subur sebelum keluar mencari lelaki yang mahu ditidurinya.

Pada waktu subur, Lara akan menghias dirinya agar kelihatan menawan sebelum mengunjungi bar dan kelab malam. Jika berjumpa lelaki yang dihajati, dia akan berpura-pura mabuk lalu menggoda lelaki itu untuk melakukan seks. Dia akan terlebih dahulu bertanya sama ada lelaki itu mempunyai sebarang penyakit kelamin (siapa mahu mengaku?). Jika ada kalangan lelaki itu mahu menggunakan kondom, dia akan mengambil kondom yang sentiasa dibawa dari beg tangannya. Kondom itu pula sudah ditebuk lubang. Selepas itu, berlakulah pelbagai aksi yang dilaknati Tuhan.

Obsesi Lara yang bekerja sebagai pembantu pengurus pejabat untuk mengandung dan mempunyai anak bermula sejak tahun lalu, iaitu selepas menziarahi rakannya yang melahirkan anak. Dia juga mengaku tidak mampu untuk memperoleh sperma dari tabung sperma kerana kosnya yang agak tinggi, iaitu sekitar 295m pound (RM1 454) dan kos konsultasinya mencecah 2000 pounds atau RM9 858.

Gila memang gila! Namun, hal ini berlaku di Barat, dalam masyarakat yang kebanyakan anggotanya sudah menjauhi ikatan perkahwinan dan menganggap agama yang dianuti oleh mereka hanya sekadar ritual di rumah-rumah ibadat sahaja. Ironinya, orang kita yang masih "dekat" dengan agama berkelakuan lebih kurang sama, malahan ada yang lebih teruk daripada orang Barat, walhal sebilangan besar mereka dididik dengan ilmu agama dan adat susila masyarakat Timur.

Mengapa perkara lahanat  itu berleluasa di negara kita? Anda pun tahu sebabnya!

Artikel ini ditulis berdasarkan berita di Sun UK, tetapi saya baca di sini.

  1. segila-gila pompuan british yang mengamalkan seks nenas ni dia nak anak, Muda mudi kita? buang anak... lagi hebat kot?

    gravatar Comment by mahaza @ Khamis, Ogos 19, 2010 2:18:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH