[Kemas Kini] Punca Cerai: Roslin Ada Skandal dengan Raja Azmi?!?!?? Biar Betul!!!
Saya petik:
[Mstar] KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Roslin Hashim,35, (gambar) memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur di sini, Rabu, bahawa dia telah melafazkan cerai ke atas isterinya, Norhayati Othman,38, dalam keadaan tegang setelah didesak oleh isteri serta ibu mertuanya.
Menurut Roslin, mereka telah memaksanya melafazkan cerai setelah mengesyaki dia berada berdua-duaan dengan produser filem terkenal, Raja Azmi Raja Sulaiman ketika mereka menyerbu bilik bernombor 533 Hotel Corus, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 7 Ogos lalu, kira-kira pukul 8.30 malam.
Pada petang ini, kes sebutan pertama pengesahan cerai yang difailkan Norhayati selaku plaintif terhadap suaminya didengar di hadapan Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad.
Roslin hadir ke mahkamah pada kira-kira pukul 2.38 petang dengan ditemani seorang saudara.
Manakala Norhayati yang berbaju kurung bertudung kelabu pula hadir lebih awal iaitu kira-kira pukul 2 petang.
Roslin diwakili peguam Roslizam Rahim manakala Norhayati yang juga Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) diwakili Zulqarnain Lukman.
Ketika ditanya oleh Wan Mahyuddin Wan Muhammad kenapa dia mahu memfailkan penceraian, Norhayati memberitahu mahkamah bahawa dia mendapat tahu suaminya berlaku curang apabila pergi ke Hotel Corus bersama Raja Azmi.
Katanya, dia mengetahui suaminya telah mendaftar masuk ke hotel di bilik 533 yang didaftar di bawah nama produser itu.
"Kami sekeluarga termasuk ibu, dua adik saya telah ke tingkat lima. Di sini, kami tunggu Jalani Sidek (suami Raja Azmi) untuk membawa kami ke Bilik 533 tetapi dia cuba melengah-lengahkan perjalanan untuk ke bilik tersebut," katanya.
Norhayati mendakwa Jalani telah menelefon Roslin supaya keluar dari bilik berkenaan kerana dia bimbang pegawai jabatan agama akan menangkap dia dan Raja Azmi yang berada di dalam bilik berkenaan. Setibanya di bilik tersebut, menurutnya, Roslin bagaimanapun sudah keluar dan hanya tinggal Raja Azmi seorang diri.
Sehubungan itu, Norhayati meminta Jalani menelefon Roslin supaya datang ke bilik berkenaan untuk bersemuka bagi menjelaskan keadaan sebenar sehinggalah berlakunya perdebatan.
Katanya akibat tidak dapat menahan sabar akhirnya Roslin telah melafazkan talak “I cerai you-lah.”... - Au Yeong How
Kemas Kini (19/8):
Transkrip perbicaraan:
[HM] ....ZULKARNAIN: Pada 7 Ogos 2010, kamu berada di mana?
NORHAYATI: Saya berada di dalam bilik 533 Hotel Corus, Jalan Ampang.
ZULKARNAIN: Siapa lagi ada bersama kamu ketika itu?
NORHAYATI: Dua adik saya, Arif Rafhan dan Arif Fauzan.
ZULKARNAIN: Siapa lagi?
NORHAYATI: Jailani Sidek dan Raja Azmi Raja Sulaiman serta defendan (Roslin)
ZULKARNAIN: Apa berlaku sebelum lafaz?
NORHAYATI: Kami tidak bertengkar, cuma berdebat.
ZULKARNAIN: Pada masa itu kamu dengar lafaz cerai itu?
NORHAYATI: Ya, defendan lafaz ‘I cerai youlah (saya ceraikan kamu)’.
ZULKARNAIN: Bagaimana keadaan defendan ketika itu?
NORHAYATI: Dia dalam keadaan sedar, siuman, tenang, duduk di kerusi
ZULKARNAIN: Apa soalan kamu?
NORHAYATI: Saya mahukan jawapan. Ketika itu saya bertanya dalam bahasa Inggeris ‘I want your decision now’ (Saya mahukan jawapan awak sekarang). Selepas itu dia lafazkan.
ZULKARNAIN: Pada masa itu kamu mengandung?
NORHAYATI: Saya suci dan tidak mengandung.
ZULKARNAIN: Ada lakukan hubungan kelamin sepanjang perkahwinan?
NORHAYATI: Ada.
Sementara itu, Roslin ketika menjawab soalan Roslizam berkata, ketika dia melafazkan talak terhadap isteri, keadaan di dalam bilik itu tegang dan dia tertekan serta marah sehingga mengeluarkan lafaz itu.
“Ketika itu saya pergi ke bilik hotel itu, tetapi saya tidak bersama Raja Azmi di dalam bilik. Memang benar dia (Raja Azmi) daftar masuk, tetapi saya pergi dengan keizinan Jailani. Dalam lima hingga 10 minit Jailani menghubungi saya dan bertanya sama ada saya di hotel, saya katakan ya. Jailani meminta saya pulang kerana dia mahu bertemu isterinya di hotel itu.
“Kemudian saya dengar pihak keluarga isteri datang ke hotel untuk menangkap saya kerana bersekedudukan dengan Raja Azmi. Saya marah kerana sepatutnya dia (Norhayati) berbincang dengan saya dan jika dia syak saya mempunyai hubungan dengan Raja Azmi, dia sepatutnya bertanya dengan saya dan bukan menghubungi Jawi dan media untuk tangkap saya,” katanya.
Roslin mendakwa hubungan dia dengan Raja Azmi rapat seperti keluarga sejak 12 tahun lalu macam seperti hubungan seorang kakak atau ibu dan begitu juga Jailani.
“Ketika Norhayati sampai di hotel saya berada di luar dan kembali semula dalam 20 hingga 30 minit selepas itu ke bilik. Saya lihat Norhayati, Raja Azmi dan Jailani berdebat mengenai sesuatu yang mereka tidak puas hati.
“Dia (Norhayati) tanya saya ke mana, saya kata di luar, saya tidak ada di situ. Selepas itu Norhayati paksa saya jelaskan. Saya rasa aib dan maruah saya tercemar,” kata Roslin.
Sementara itu ketika menjawab soalan balas daripada Zulkarnain, Roslin mengakui biarpun berasa dipaksa, tetapi Norhayati tidak menggunakan senjata sehingga boleh menyebabkan nyawanya terancam.
ZULKARNAIN: Tadi kamu kata tidak ada siapa paksa kamu ceraikan kemudian kamu kata Norhayati paksa, bagaimana?
ROSLIN: Memang diikutkan paksa. Dia (Norhayati) tanya macam-macam dan banyak kata-kata yang keluar. Malah, ibu dia juga meminta saya menceraikan dia. Keadaan tertekan dan tegang, terus saya lafazkan.
ZULKARNAIN: Kamu beritahu tadi pergi ke hotel dengan Raja Azmi, adakah satu kereta dengannya?
ROSLIN: Ya.
ZULKARNAIN: Kamu bersama dengan Raja Azmi dari jam berapa?
ROSLIN: Tidak pasti mungkin dari jam 7 malam.
ZULKARNAIN: Setuju saya cadangkan kamu bersama Raja Azmi dari jam 3 petang, makan durian dan ada aktiviti menunggang kuda di Kemensah (Hulu Klang)?
ROSLIN: Sampai ke situ?
ZULKARNAIN: Jawapan kamu?
ROSLIN: Ya.
Pada peringkat itu, Roslizam bangun membantah soalan itu dan hakim meminta soalan ditumpukan kepada kejadian cerai.
ZULKARNAIN: Selepas Raja Azmi daftar masuk kamu berada di mana?
ROSLIN: Di luar kawasan hotel kerana saya ada urusan sedikit.
ZULKARNAIN: Selepas itu bila kamu mahu balik atau kamu mahu bermalam di hotel?
ROSLIN: Masa itu (sekitar jam 8) saya mahu balik...
hishhh..confuse jugak aku dgn cerita nii.." Dia telah menelefon Roslin supaya keluar dari bilik tersebut kerana bimbang Roslin dan Raja Azmi akan ditangkap oleh Jabatan Agama."
Comment by Drebar Lori @ Rabu, Ogos 18, 2010 10:42:00 PTGDia di sini merujuk kepada Jalani Sidek dan Raja Azmi adalah isterinya.
Adakah maknanya disini Jalani membenarkan isterinya berdua-duaan dengan Roslin. Ehhh...betul ke apa yang aku baca nii.. Kalau betul memang betu- betul cacamerbalah dunia nii..
salam ramadhan,kawtim blog tuan telah anna canangkan,begitu jugalah hendaknya?
Comment by canang @ Khamis, Ogos 19, 2010 6:17:00 PG