Najib Minta Anggota Kabinet Letak Jawatan Jika Tidak Bersamanya
Selepas beberapa menteri dilaporkan mempersoalkan kemelut 1MDB, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dilaporkan telah meminta anggota kabinet untuk meletakkan jawatan jika mereka tidak bersama dengannya dalam perkara itu.
Utusan Malaysia dalam laporannya hari ini berkata, Najib memberi kata dua itu dalam mesyuarat kabinet Jumaat lalu, selepas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (kanan) membentangkan pelan hala tuju 1MDB kepada kabinet.
Akhbar itu berkata portal dalam talian Malaysia-today.net juga melaporkan hal yang sama dan Utusan memetik sumber kabinet sebagai berkata tidak seorang pun anggota kabinet yang menyatakan pendirian mereka tidak bersama Najib ketika diberi peluang berbuat demikian.
“Perdana menteri meminta mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama dengan beliau dalam isu 1MDB meletakkan jawatan tetapi tiada seorang pun berbuat demikian (menyatakan tidak bersama),” kata laporan Utusan itu.
Di bawah pelan rasionalisasi yang yang diumumkan oleh Husni International Petroleum Investment Company ((IPIC) akan membayar hutang 1MDB sebanyak AS$975 juta (RM3.57 bilion) kepada sebuah konsortium perbankan antarabangsa yang menuntut pembayaran empat bulan lebih awal daripada jadual.
Perjanjian dengan IPIC dan anak syarikatnya Aabar, akan menyaksikan hutang 1MDB dikurangkan kira-kira RM3.5 bilion dalam masa kurang dari seminggu.
Transaksi tambahan - di mana butirannya akan dimuktamadkan pada minggu-minggu akan datang - akan mengurangkan hutang 1MDB antara RM12 bilion dan RM12.5 bilion.
Pada masa yang sama, dua pembangunan utama di bawah 1MDB - Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia - akan digunakan untuk mengumpul dana dan membantu membayar hutang syarikat berkenaan.-Malaysia Kini/1/6/15
P/s: Jika begitu, maknanya anggota kabinet mementingkan jawatan daripada duit rakyat yang terpaksa dikorbankan untuk membayar hutang 1MDB.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.