Tahniah GERAKAN, Takziah UMCO Pulau Pinang
"Hebat Gerakan Pulau Pinang kerana berjaya menggugat ketuanan UMCO di Pulau Pinang." Mungkin itu tanggapan sesetengah orang yang mengetahui kemelut yang berlaku antara bekas Ketua Bahagian UMCO Bukit Bendera dengan GERAKAN PP. Sebelum ini, UMCO PP gagal mengambil alih jawatan Pengerusi BN PP. Ingat?
Timbul persoalan, adakah tokoh lantang UMCO ini terpaksa "dikorbankan" demi memulihkan hubungan dengan MCA, Gerakan, dan masyarakat Cina di Pulau Pinang? Logiknya, apakah kaitannya Ahamad sebagai Ketua Bahagian dengan sokongan masyarakat Cina, walhal pemilihan jawatan itu tidak ada kena-mengena dengan GERAKAN atau masyarakat Cina di Pulau Pinang jika Ahamad yang memegang jawatan itu duduk diam-diam dan tidak campur tangan dalam usaha merampas PP? Lainlah jika GERAKAN meletakkan syarat agar "taiko" UMCO ini perlu "dikorbankan" sebagai pampasan demi mengukuhkan hubungan dengan UMCO. Jika begitu, di manakah letaknya ketuanan UMCO? Ketuanan Melayu UMCO?
Perihal ketuanan UMCO yang diperkotak-katik oleh parti kompenen BN bukanlah perkara baru. Ingat peristiwa perebutan kerusi Parlimen di Hulu Selangor antara UMCO dengan MIC? UMCO terpaksa beralah atas alasan perpaduan BN, walhal di baliknya terdengar bermacam-macam cerita berkaitan dengan ketidakpuasan akar umbi dan pemimpin UMCO apabila kawasan majoriti Melayu itu diserahkan kepada calon MIC. Sehingga ada blogger tidak ada telor UMCO yang berapi-api sanggup menawarkan diri untuk bertanding di kawasan itu kerana kecewa calon UMCO tidak diletakkan di situ. Blogger itu kemudiannya membuangkan "telornya" ke sungai dan menyokong calon MIC yang pada mulanya dikutuk hebat oleh blogger ini dan rakan-rakannya.
Saya petik:
[MK] Pemimpin kontroversial Umno, Datuk Ahmad Ismail tidak jadi bertanding merebut semula jawatan ketua Umno Bukit Bendera apabila bahagian itu bermesyuarat Ahad ini, setelah dua kali ditunda.
Pada sidang media hari ini di pejabat Umno bahagian itu di Tanjung Bunga, beliau yang juga bekas ketua bahagian berkenaan juga mengumumkan akan bercuti selama setahun.
"Saya ambil masa untuk memikirkan nya semasak-masaknya, sama ada the come back of Ahmad Ismail boleh beri kekuatan pada Umno dan BN.
"Saya telah jumpat empat mata dengan Najib sebanyak lima atau enam kali. Jika tindak tanduk saya akan menjejaskan usaha murni Najib, saya fikir buat apa saya balik," katanya.
Menurut beliau, tindakan itu kerana tidak mahu dianggap sebagai batu penghalang kepada usaha BN untuk dapatkan sokongan rakyat dan juga bagi membolehkan kedua-dua parti komponennya, MCA dan Gerakan memenangi semula sokongan masyarakat Cina.
"Kawan-kawan dari Gerakan ada berjumpa dengan Abdul Jalil dari Bukit Bendera dan mereka hormat dan sokong saya. Mereka mahu bekerja dengan saya dan harap tidak ada isu lagi," katanya.
Katanya, Gerakan juga telah meluahkan sokongan mereka dan berikrar bekerjasama dengan Umno semula agar tidak ada ketegangan di antara kedua-dua parti.
Isu lain"Saya lihat ketua pemuda Gerakan pun boleh berkerja dengan saya, jadi bila orang beri sokong, saya pun balik.
“Jangan lupa Najib adalah bos saya dan saya adalah anak buahnya. Jika tindakan saya akan menjejaskan usaha ikhlasnya, buat apa saya kembali.”
Katanya lagi, tetapi mungkin ada isu lain lagi tetapi mereka kini boleh berbincang dengan semangat BN.
"Selepas memikirkannya semasak-masak, memang tidak dinafikan ada kekuatan (jika saya balik) bagi Bukit Bendera itu sendiri tetapi kepada BN, saya terpaksa fikir panjang-panjang," katanya.
Pada Mac lalu, semua 36 ahli jawatankuasa eksekutif bahagian Bukit Bendera meletakkan jawatan supaya pemilihan baru dapat diadakan bagi membolehkan Ahmad menjawat semula kedudukan ketua.
Beliau juga memohon maaf jika perletakkan jawatan secara beramai-ramai berkenaan telah menyusahkan parti itu.
"Tidak ada sebab mengapa AGM ditunda sebanyak dua kali hanya dengan alasan tidak mendapat tempat yang sesuai," katanya.
Ahmad digantung oleh Umno pada September 2008 untuk selama tiga tahun kerana mengeluarkan kenyataan dan tindakan yang berbaur perkauman khususnya kepada masyarkat Cina.
Kemelut itu bertambah kusut apabila Ahmad mencadangkan Gerakan meninggalkan BN, manakala penyokongnya bertindakbalas dengan menggoyakkan potret bekas ketua menteri Pulau pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang juga adalah presiden Gerakan.
Bagaimanapun pada Disember tahun lalu, Umno menarik balik hukuman gantung ke atas Ahmad.
Berkaitan:
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.