Kakitangan Awam Dapat BONUS Raya!
Syukurlah kakitangan awam menerima bonus raya. Walaupun tidak banyak, sekurang-kurangnya memadai untuk membuat perbelanjaan pulang ke kampung dan sebagainya.
Yang tidak tahannya apabila malam ini TV3 suku & Co menghabiskan masa setengah jam cerita fasal bonus. Cair orang kampung! Esok di Utusan & Co, berhelai-helai muka surat cerita fasal bonus. Cair kakitangan awam yang masih buta hati.
Biarpun langkah itu menunjukkan PRU semakin hampir, namun langkah itu wajar dipuji!
Tahniah orang "gomen"! Saya petik:
[Mstar] PUTRAJAYA: Berita baik untuk semua pegawai kerajaan dari Gred 1 hingga 54. Kerajaan setuju untuk beri 'Bantuan Khas Kewangan' sebanyak RM500 sebagai sumbangan sebelum 1 Syawal.
Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan akan mendapat durian runtuh ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu akan dibuat sebelum 1 Syawal.
"Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
Menurut beliau, bayaran itu melibatkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara.
tiru pakatan lg....bn x der idea ker? nampak sngt nak pru. klu pr x bagi bonus raya sampai mampus pegawai kerajaan persekutuan nak dapat bonos. sapa sebenarnya pembela rakyat?
Comment by uLaTbUKu.cOm @ Rabu, Ogos 25, 2010 7:00:00 PTG