Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Isnin, 1 Jun 2015

Strok Haba Punca Sebenar Enam Maut di Future Music Festival Asia (FMFA) 2014



Sebahagian penonton yang menghadiri konsert Future Music Festival Asia (FMFA) 2014 di Bukit Jalil, Mac tahun lalu.

KUALA LUMPUR: Sejak lebih setahun, ramai yang mempercayai kematian enam penonton konsert di Future Music Festival Asia (FMFA) 2014 pada awal tahun lalu disebabkan oleh pengambilan dadah secara berlebihan.

Bagaimanapun, keputusan bedah siasat yang dikeluarkan dua bulan selepas kematian itu menunjukkan bahawa ia berpunca daripada strok haba, dan bukannya pengambilan dadah sebagai sebab utama.

Dua daripada 16 peserta festival itu dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal tetapi tidak dikesan mempunyai bahan dilarang, menurut seorang pakar patologi yang terlibat dalam kes itu, sekali gus bercanggah dengan kenyataan polis sebelum ini bahawa kematian kesemua mereka dikaitkan dengan dadah.

Namun timbul dakwaan di mana pihak berkuasa tidak membuat keputusan yang diketahui itu dan menjadikan 'kematian disebabkan pengambilan dadah berlebihan' sebagai asas untuk membatalkan beberapa konsert baru-baru ini dan satu di Singapura.

Ketua Jabatan Patologi Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Dr K. Nadesan berkata, beliau telah menghantar beberapa laporan terperinci bagi memperbetulkan kenyataan polis.

"Secara umumnya, polis tidak menunjukkan minat mereka terhadap laporan-laporan itu. Malangnya, mereka membuat kenyataan tanpa alasan saintifik yang lengkap, di mana ia bukanlah dilakukan dengan cara yang betul.

"Mereka sepatutnya bercakap kepada kita dan meminta satu inkues terhadap kes ini kerana ia melibatkan kepentingan umum untuk mengelakkan kejadian seumpama ini berulang," katanya kepada The Star.

Dr Nadesan berkata, pihak hospital mengendalikan bedah siasat terhadap tiga peserta yang maut dan turut merawat sembilan yang lain.

Beliau berkata, mereka yang maut disahkan positif dadah jenis ekstasi atau MDMA, tetapi ia jauh lebih rendah daripada tahap purata rekreasi dadah iaitu 0.1 sehingga 0.25 mikrogram per mililiter.

Dalam insiden pada 15 Mac tahun lalu, enam penonton konsert di Stadium Bukit Jalil maut dan mereka terdiri daripada Kamal Zekry Kamal Basha, 22; Victor Wong E Hern, 26; Sabreena Kamaruddin, 21; M. Suresh, 28; Syazana Sohaime, 23; dan Nor Faizza Mohd Wazir, 27.

Prosedur autopsi dilakukan ke atas mayat, termasuk salah satunya mempunyai suhu 39 darjah selsius yang membawa kepada penemuan Dr Nadesan bahawa kematian berpunca daripada strok haba.

"Saya terkejut kerana apabila saya tampil untuk membuat pemeriksaan, tanggapan daripada pengumuman polis adalah peserta telah mengambil dadah secara berlebihan.

"Malah doktor-doktor di bahagian trauma beranggapan semua peserta ini terlalu khayal kerana dadah dan merawat mereka atas pengambilan bahan itu secara berlebihan dan bukannya strok haba.

"Penemuan autopsi dan perubatan tidak merujuk kepada pengambilan dadah secara berlebihan. Polis tidak mempunyai asas untuk berkata demikian. Ia merupakan satu tanggapan yang salah," katanya.

Dr Nadesan berkata, dua daripada sembilan mangsa strok haba tidak mempunyai kesan dadah dalam sistem badan mereka mankala yang lain positif dadah jenis MDMA, ketamin dan morfin.

Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) yang mengendalikan autopsi ke atas tiga lagi mangsa enggan mendedahkan keputusan itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad mengesahkan laporan kematian mengejut terhadap enam peserta itu berpunca daripada strok haba.

Dr Nadesan berkata, keadaan semasa hari kedua festival itu disebabkan oleh jerebu yang tebal, kelembapan tinggi dan suhu 35 darjah selsius merupakan punca utama tragedi yang mengakibatkan kematian. - Nicholas Cheng/Mstar/1/6/15


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH