SPRM: Jumlah Suapan Tertinggi Tahun ini RM35 Ribu. Sakit Perut Tahan Gelak!
Aduhai, sakit perut gelak apabila membaca kenyataan yang diberikan oleh orang SPRM ini! Kata pengarah SPRM, rekod tertinggi suapan tahun ini ialah RM35 ribu yang diterima oleh pengurus TNB. Walhal statistik menganggarkan negara kerugian hampir RM10 bilion setahun angkara rasuah dan salah laku yang berkaitan dengannya. Namun, setakat bulan Ogos, SPRM berjaya merekodkan suapan tertinggi sebanyak RM35 ribu. Alahai!
Rekod SPRM mungkin berubah menjadi RM500 juta atau RM12 bilion jika suruhanjaya itu benar-benar berusaha untuk menghapuskan rasuah secara total di negara ini. Tidak perlulah diterangkan fasal RM500 juta dan RM12 bilion itu, anda tentu arif tentang jumlah tersebut.
Baru-baru ini SPRM diberitakan akan menggunakan pendekatan Sun Tzu untuk memerangi rasuah di negara ini. Saya ada mengulasnya : SPRM Mahu Guna SunTzu. Mampukah Penyamun Harta Negara Ke Muka Pengadilan. Harap-harap jumlah RM35 ribu ini akan meningkat menjadi juta dan bilion selepas ini!
Yang lawaknya, kata pengarah tersebut: “Kami berharap trend orang awam melaporkan sebarang cubaan rasuah kepada SPRM akan berterusan bagi membendung kegiatan rasuah.” Masalahnya orang sudah letih melaporkan salah laku pemimpin rasuah, namun, habuk pun tarak!
RETORIK, RETORIK, RETORIK! Patutlah CPI SPRM di tangga 56.
Saya petik:
[HM] SUBANG JAYA: Penangkapan berhubung kes rasuah di negara ini didapati meningkat dalam tujuh bulan pertama tahun ini dengan sekurang-kurangnya 520 individu termasuk penjawat awam ditahan membabitkan pelbagai kesalahan.
Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mustafar Ali, berkata peningkatan angka itu berbanding 500 individu sepanjang tahun lalu disebabkan kesedaran awam memerangi rasuah lalu melaporkan kepada SPRM mengenai sebarang cubaan rasuah.
Beliau berkata, daripada 520 yang ditahan dari awal Januari hingga Julai tahun ini, lebih 300 daripadanya adalah pemberi rasuah di kalangan orang awam dan sektor swasta.
Menurutnya, sehingga tahun ini, 117 individu sudah dituduh ke mahkamah berbanding 176 sepanjang tahun lalu membabitkan 46 penjawat awam dengan selebihnya orang awam serta sektor swasta.
“Jumlah rasuah tertinggi bagi tahun ini direkodkan ialah suapan RM35,000 oleh seorang pengurus syarikat kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk mengurangkan bayaran elektrik."
“Trend penangkapan terkini dilihat kepada pemberi rasuah berbanding penerima rasuah berikutan kesedaran awam melaporkan kes kepada SPRM."
“Kami berharap trend orang awam melaporkan sebarang cubaan rasuah kepada SPRM akan berterusan bagi membendung kegiatan rasuah,” katanya selepas majlis Pelancaran Pelan Integriti Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 2010-2012, di sini, semalam.





Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.