Umur Baru 25 Tetapi Sudah Tidur dengan Lebih 5 000 Lelaki
Ya, umurnya baru 25 tahun, tetapi mengaku sudah meniduri lebih 5 000 lelaki. Nama lelaki-lelaki itu direkodkan secara terperinci di dalam sebuah "buku merah" dan setiap lelaki yang ditidurinya itu pula diberikan bintang (1-10) prestasi.
Nikki Lee mengaku bahawa dia kehilangan dara pada usia 16 tahun dan sejak itu dia melakukan seks dengan pelbagai lelaki di pelbagai lokasi. Katanya, dia melakukan kasual seks di kelab malam, di taman, di sinema, dan di disko remaja. Dia juga mengaku melakukan seks semasa bercuti di kelab, di pantai, dan di balkoni hotel.
"Saya meletakkan bintang pada nama lelaki yang hebat di ranjang. Ketika berusia 18 tahun, saya telah berpindah dan tinggal bersama-sama dengan rakan-rakan. Pada waktu itu, ada 800 nama lelaki di dalam buku merah saya," kata Nikki Lee.
Pada usia 21 tahun, Nikki mengaku telah tidur dengan 2 289 lelaki. Dia juga mengaku jarang-jarang melakukan seks dengan orang yang sama lebih daripada sekali.
Syarat yang diletakkan kepada dirinya adalah tidak sesekali melakukan seks dengan lelaki yang sudah berpacaran atau sudah berkahwin dan melakukan seks dengan cara yang selamat.
Apabila ditanya sama ada dia mengalami ketagihan seks, Nikki mengatakan bahawa jika benar dia mengalami ketagihan seks dia tidak mahu berubat kerana benar-benar menikmati kehidupan seperti itu.
Artikel ini ditulis semula berdasarkan pautan ini.
Kisah orang yang tiada pegangan agama dan menganggap apa-apa yang dilakukannya di dunia ini adalah hak asasinya dan tiada sesiapa yang berhak menghalangnya.
Sebenarnya, tabiat gila dan dilaknati Allah ini sudah menular dalam kalangan masyarakat kita. Cuma kisah ini tidak diberitakan secara umum kerana tiada remaja yang mahu mengaku berbuat demikian di dalam akhbar mahupun di media elektronik. Bayangkan, ada "bohsia" berusia 17 tahun ditiduri oleh 8-15 lelaki semalam, berapakah agaknya jumlah lelaki yang pernah ditidurinya dalam tempoh beberapa tahun?
Semoga menjadi panduan dan peringatan kepada ibu bapa/penjaga anak-anak remaja! Sesetengah remaja sekarang pandai "berlakon", semoga anda tidak terpedaya dengan lakonan mereka. Berilah kasih sayang (bertempat/berpada) dan pantaulah pergaulan mereka sebelum anak-anak remaja anda menyimpan "buku merah" untuk tatapan pada hari tua!




Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.