Tolong "Sula" Binatang yang Membuat Angkara Ini!
Binatang-binatang yang berperangai syaitan nirrojim ini kian bertambah dari semasa ke semasa. Pertambahan binatang-binatang ini yang menyelit dalam populasi masyarakat di Malaysia semakin membimbangkan banyak pihak.
Pesan saya, tolong "sula" binatang-binatang yang membuat angkara ini sebelum situasi zaman jahiliah ini bertambah runcing. Tolong lontarkan "bala" dunia kepada mereka, sebelum Allah SWT melontarkan bala-Nya kepada kita semua.
Saya ingin bertanya, adakah menghukum sebat 100 kali terhadap binatang-binatang ini kejam berbanding dengan impak yang berlaku jika perbuatan mereka dibiarkan berterusan? Adakah merejam binatang-binatang ini sehingga mati itu kejam berbanding dengan nasib bayi yang tidak berdosa dibiarkan mati dengan kejam oleh binatang-binatang tersebut? Adakah kita mahu berlaku kejam terhadap bayi-bayi malang ini hanya kerana kasihan akan ibu atau bapa mereka yang persis binatang/syaitan itu?
Kes 1:
![]() |
mayat bayi ditemui di kawasan pelupusan sampah di Bercham, Perak, semalam. |
[UM] IPOH 9 Ogos - Usianya baru dua bulan dan sudah dilahirkan dengan selamat tetapi apalah dosanya sehingga bayi lelaki ini sanggup dibuang sehingga menemui ajal.
Dibalut dengan lampin, tudung putih dan kain batik, bayi itu dibungkus dalam plastik sampah hitam sebelum ditemui di tempat pelupusan sampah di Bercham dekat sini hari ini.
Mujurlah ia ditemui seorang pencari barang lusuh, Ahmad Sufian Zulkifli, 30, kira-kira pukul 1.45 petang ini selepas ia dipercayai dikutip lori pengangkut sampah Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
"Saya menemui satu beg plastik. Ketika dipegang, kandungan seperti lembik.
"Saya mula syak sesuatu dan membukanya sebelum menemui mayat seorang bayi lelaki," katanya yang masih terkejut dengan kejadian itu.
Rakannya, Rohimah Bani Amin, 25, pula berkata, mayat bayi itu kelihatan seperti dijaga rapi apabila ia dipakaikan baju berwarna putih dan kuning.
Dia yang menghubungi polis sebaik sahaja Ahmad Sufian menemui bayi itu memberitahu, lubang hidung bayi tersebut bagaimanapun disumbat dengan kapas.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Zakaria Yusof ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan kejadian tersebut.
Beliau berkata, polis masih menunggu laporan forensik ke atas mayat bayi lelaki tersebut yang turut mempunyai kesan lebam di seluruh tubuhnya....- Khairul Abidin Nuar
Kes 2:
![]() |
JANIN lelaki dijumpai dalam sebuah tong sampah di Kompleks Pulau Mutiara, Lebuh Macallum, Georgetown, semalam. |
[UM] PULAU PINANG 9 Ogos - Hanya manusia bersifat binatang dan tidak takut dosa sahaja yang sanggup membuang bayinya yang dilahirkan tidak cukup bulan dan masih berlumuran darah ke dalam tong sampah.
Hakikatnya, manusia seperti itu memang wujud di kalangan kita. Ia terbukti apabila mayat janin lelaki yang masih mempunyai tali pusat ditemui di tempat pembuangan sampah di Kompleks Pulau Mutiara di sini hari ini.
Lebih menyayat hati, janin itu dipercayai dicampak dari ketinggian kira-kira 5 meter menyebabkan bahagian kepalanya luka teruk dipercayai akibat terkena serpihan tulang di dalam timbunan sampah sarap.
Janin yang berusia antara lima hingga enam bulan itu ditemui seorang wanita warga emas yang kebetulan sedang mencari barang lusuh di tempat buangan sampah itu kira-kira pukul 11.50 pagi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, janin itu dipercayai telah dibuang dalam tempoh 24 jam.
"Ia ditemui dalam timbunan sampah selepas kita menerima maklumat daripada orang awam. Hasil siasatan awal, ia dipercayai dilahirkan tidak cukup bulan iaitu baru berusia antara lima hingga enam bulan," katanya.







Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.